BTC USD 34,352.3 Gold USD 1,784.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

🇲🇾 'Malaysia’ Sebelum Kewujudan Negara Malaysia

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
59415260_329027501028411_2345204941372522496_n.jpg

59393722_329027517695076_4810935413919186944_n.jpg

59533642_329027544361740_4568283123338444800_n.jpg

60015241_329027574361737_1347874936370233344_n.jpg

59352496_329027601028401_1167285043475775488_n.jpg

'Malaysia’ Sebelum Kewujudan Negara Malaysia – Siri 1


1. Banyak artikel yang telah ditulis sebelum ini yang menjelaskan bahawa nama ‘Malaysia’ berasal dari istilah ‘Malaisie’ yang digunakan oleh seorang penjelajah Perancis yang bernama James Dumont D’Urville.

2. Beliau menggunakan istilah ‘Malaisie’ sebagai rujukan kepada nama geografi untuk kawasan kepulauan Melayu di dalam artikel tulisannya yang bertajuk ‘Sur Les Iles Du Grand Ocean’ yang terbit di dalam ‘Bulletin de la Société de Géographie’ oleh ‘Société de Géographie’ pada tahun 1832.

3. Tetapi Paul van der Grijp (2014) ada menyebut “Dumont d’Urville may have borrowed the name Malaysia from M. Lesson”. Dan yang menariknya, nama M. Lesson ini juga ada disebut dalam artikel tulisan James Dumont D’Urville yang menggunakan bahasa Perancis.

4. Tetapi timbul juga persoalan adakah terdapat sesiapa yang pernah menggunakan istilah ‘Malaysia’ sebelum artikel tulisan James Dumont D’Urville ini diterbitkan?

5. Jawapannya adalah ya! Iaitu menerusi catatan seorang yang bernama Peter Williamson Floris yang telah belayar ke kepulauan Melayu pada sekitar kurun ke-17 melalui sebuah kapal Inggeris.

6. Menerusi penulisannya yang telah diterbitkan kembali, beliau telah menulis perkataan ‘Maleysians’ di dalam catatannya pada sekitar tahun 1610.

7. Istilah ‘Malaisie’ yang digunakan oleh James Dumont D’Urville kemudiannya telah bertukar menjadi ‘Malaysia’ menerusi catatan pada sebuah peta oleh seorang ahli geografi Amerika Syarikat yang bernama Thomas G. Bradford pada tahun 1835.

8. Manakala sebuah peta tahun 1845 oleh Alexander Keith (AK) Johnston turut mencatatkan tajuk peta tersebut sebagai ‘South Eastern Peninsula and Malaysia’.

9. Apa signifikannya peta oleh AK Johnston ini? Ia penting kerana catatan kecil pada peta tersebut ada menyatakan “….the group has been named Malaysia from the Malays who are the dominant race in the archipelago….”.

10. Jadi siapa yang memandai-mandai menuduh nama ‘Malaysia’ tidak ada sebarang kaitan dengan bangsa Melayu?



‘Malaysia’ Sebelum Kewujudan Negara Malaysia – Siri 2

‘Malaysia’ Sebelum Kewujudan Negara Malaysia – Siri 3

‘Malaysia’ Sebelum Kewujudan Negara Malaysia – Siri 4
 
Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
59762550_330190940912067_8032798564008591360_n.png

59785641_330190994245395_126440830717132800_o.jpg

59703230_330190964245398_2747781116608905216_o.png

60019101_330191010912060_7906038247854178304_o.png

59920749_330190984245396_8033103953363206144_o.png

59892420_330191037578724_5005736374343565312_n.png

59671274_330191067578721_8848222345949609984_o.png

59773706_330191054245389_6937864211728957440_o.png

59692205_330191100912051_7009416064777846784_o.png

60041541_330191110912050_786363204287594496_o.png

60098558_330191090912052_4151428926326964224_o.png

59811473_330191147578713_4427099611219361792_n.png

60063124_330191187578709_5208375641493209088_n.jpg

59780401_330191180912043_576353180552527872_n.png

60053944_330191270912034_2591426633244082176_o.jpg

59825539_330191267578701_8836475137948647424_o.png

59887237_330191304245364_5718482129780736000_o.png

59728471_330191327578695_1711384329600368640_o.png

59793789_330191360912025_6220263442440257536_n.png

60188540_330191350912026_4213010914741321728_o.png

60222956_330191427578685_3679638000200843264_o.jpg

59840163_330191470912014_3832806919207124992_o.png

59777748_330191404245354_2854739314246418432_n.jpg

60274034_330191514245343_4532074246930694144_o.png

59667562_330191454245349_4318991925714616320_n.jpg

59708629_330191500912011_5754517068602933248_o.jpg

60298194_330191527578675_6803127647384633344_o.jpg
‘Malaysia’ Sebelum Kewujudan Negara Malaysia –Siri 2

1. Buku tulisan Rupert Emerson yang bertajuk ‘Malaysia : Direct and Indirect Rule’ terbitan tahun 1937 sebelum ini telah tersebar luas dan disalah anggap sebagai buku pertama yang menggunakan tajuk nama ‘Malaysia’.

2. Tetapi melalui semakan lanjut yang telah dibuat sendiri, penulis dapat menjumpai 26 buah buku-buku lain yang telah diterbitkan sebelum penghujung era 1950-an dan turut mempunyai nama ‘Malaysia’ pada tajuknya. Malahan kebanyakan buku-buku ini diterbitkan lebih awal sebelum pengeluaran buku tulisan Rupert Emerson pada tahun 1937.

3. Buku-buku tersebut tidak termasuk pamplet-pamplet (senipis 3 mukasurat hinggalah setebal 16 mukasurat) yang dikeluarkan oleh badan-badan Missionary antarabangsa dan turut meletakkan nama ‘Malaysia’ pada mukasurat hadapan pamplet berkenaan.

4. Ianya juga tidak termasuk buku-buku lama yang ada menggunakan tajuk nama ‘Malesia’ dan ‘Malaysian’. Jika digabungkan kesemuanya, maka bilangan buku yang mempunyai tajuk nama Malaysia sebelum penghujung era 1950-an adalah lebih banyak.

5. Bahkan terdapat juga buku yang turut mencatatkan nama ‘Malaysia’ dalam kandungan penulisannya biarpun tidak terpapar pada tajuknya. Sebagai contoh, buku ‘Letters of Gilbert Little Stark’ terbitan Riverside Press pada tahun 1908 yang mengandungi ‘Chapter V : Canton, Java and Malaysia’.

6. Buku-buku ini kebanyakannya menggunakan nama ‘Malaysia’ sebagai rujukan kepada kepulauan Melayu secara keseluruhan dan tidak terhad semata-mata kepada sempadan moden negara Malaysia seperti yang wujud pada hari ini.

7. Perkara ini adalah selari dengan penggunaan istilah ‘Malaisie’ yang digunakan oleh James Dumont D’Urville serta peta yang mencatatkan nama ‘Malaysia’ oleh Thomas G. Bradford dan Alexander Keith Johnston.

8. Sebuah buku yang diterbitkan 2 tahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan 4 tahun sebelum Malaysia ditubuhkan bertajuk ‘Someday Malaysia’ pada tahun 1959 oleh Eduardo L. Martelino dari Filipina ada menampilkan ‘Some Thoughts from Contemporary Malaysian Thinkers’ dari Indonesia, Thailand, Filipina dan tulisan Tunku Abdul Rahman bagi mewakili Tanah Melayu.

9. Ini kerana buku tersebut pada awal penulisannya telah memetik impian Manuel L. Quezon yang menyatakan Asia Tenggara didiami oleh ‘Malayan race’ dan Burma, Thailand, Annam, Malaya, Indonesia dan Filipina merupakan ‘Commonwealth of Malaysia’.

10. Jika dirujuk kepada Ooi Kee Beng (2006) dalam bukunya ‘The Reluctant Politician : Tun Dr. Ismail and His Time’ menjelaskan “Malaysia belongs to a category that provides us with place names like ‘Devonshire’, ‘Yorkshire’ and ‘Rhodesia’, and would mean ‘Malay administrative region”.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
60144349_331451297452698_4567103669484388352_n.jpg

60521629_331451314119363_3786999963418886144_n.jpg

60039538_331451330786028_1936114735267184640_n.jpg

60336795_331451354119359_8547044863898550272_n.jpg

‘Malaysia’ Sebelum Kewujudan Negara Malaysia – Siri 3


1. Ramai yang menyangka cadangan untuk menggunakan nama ‘Malaysia’ sebagai nama sebuah negara hanya bermula pada tahun 1960-an iaitu susulan daripada cadangan untuk menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak ke dalam sebuah gagasan persekutuan.

2. Sedangkan setahun sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dicapai pada 1957, orang-orang Melayu yang tinggal di Indonesia telah membentuk satu badan yang dipanggil sebagai ‘Ikatan Persaudaraan Indonesia-Malaysia’ untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat kedua-dua wilayah. Badan ini telah dibentuk di Jakarta dan mendapat sokongan tokoh Indonesia yang terkenal (Singapore Standard, 27 Mac 1956).

3. Nama ‘Malaysia’ sebenarnya telah dicadangkan untuk digunakan sebagai nama negara lebih awal lagi iaitu sewaktu Tanah Melayu ingin mencapai kemerdekaan. Melalui rujukan kepada akhbar The Straits Times bertarikh 25 Jun 1956, sebuah memorandum oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang diketuai oleh Tuan Haji Abdullah Bakti antara kandungannya telah mencadangkan supaya Persekutuan Tanah Melayu yang bakal merdeka dinamakan sebagai ‘Malaysia’.

4. Selain itu, terdapat juga cadangan untuk menamakan Tanah Melayu yang bakal merdeka sebagai Langkasuka yang bermaksud ‘land of happines’ yang diusulkan oleh Inche Senu bin Abdul Rahman. Tetapi tidak dipersetujui kerana terlalu tempatan (too local) dan mewakili nama sebuah kerajaan purba yang hanya pernah wujud di kawasan utara semenanjung tetapi tidak mewakili wilayah selatan yang turut mempunyai nama kerajaan purba masing-masing seperti Melaka dan Temasek (The Straits Times, 24 Ogos 1956).

5. Cadangan penggunaan nama ‘Malaysia’ bagi negara Tanah Melayu yang merdeka mendapat sokongan penuh daripada UMNO, tetapi MCA mahukan nama ‘Malaya’ dikekalkan, manakala MIC juga lebih cenderung kepada ‘Malaya’ (The The Straits Times, 18 September 1956).

6. Masyarakat Melayu lebih cenderung kepada nama ‘Malaysia’ sebagai nama negara Tanah Melayu yang merdeka berbanding nama ‘Malaya’ kerana istilah ‘Malayan’ mempunyai maksud ‘jahat’ (sinister) yang mengingatkan semula kepada gagasan ‘Malayan Union’ yang pernah cuba dipaksakan oleh penjajah Inggeris. Justeru itu, perkataan ‘Malayan’ merupakan satu ‘anathema’ bagi orang Melayu (The Straits Times, 25 February 1960).

7. Namun begitu, cadangan penggunaan nama ‘Malaysia’ sebagai nama negara bagi Tanah Melayu yang merdeka tidak mendapat sokongan daripada Suruhanjaya Reid yang menyatakan T.O.R. (Terms of Reference) mereka tidak termasuk apa-apa cadangan untuk menukar nama Malaya (The Straits Times, 21 February 1957).

8. Justeru itu, apabila kemerdekaan Tanah Melayu berjaya dicapai pada tanggal 31 Ogos 1957, nama rasmi yang digunakan adalah Persekutuan Tanah Melayu atau ‘Federation of Malaya’ dalam Bahasa Inggeris.

9. Apa yang menariknya, di Filipina pada tahun 1962, seorang senator beragama Islam iaitu Dr. Ahmad Domocao Alonto telah membentangkan sebuah rang undang-undang (Bill) di dalam Senat Filipina bagi cadangan untuk menukar nama negara tersebut kepada ‘Malaysia’.

10. Menurut Minako Sakai (2007), ketika usul tersebut masih diperdebatkan di Kongres Filipina, nama ‘Malaysia’ telahpun diisytiharkan sebagai nama negara Persekutuan baharu yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tanggal 16 September 1963.

11. Jadi Tanah Melayu (Malaya) sebenarnya telah mencadangkan pertukaran nama negaranya kepada ‘Malaysia’ lebih awal iaitu pada sekitar tahun 1956 berbanding dengan Filipina yang hanya bermula pada tahun 1962.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
92827075_524122648185561_4037350815373983744_n.jpg

93060886_524122694852223_8683044578124627968_n.png

93149858_524122761518883_7075521710316847104_o.jpg
93613849_524122741518885_2093363392168329216_n.jpg

93013957_524122798185546_7335586541344915456_n.jpg

92824114_524122818185544_8853000707519807488_n.jpg

93359135_524122854852207_8082124571186036736_n.jpg

93236403_524122934852199_6078834112162955264_n.png

93707343_524122964852196_234432517745147904_n.png

93273965_524122981518861_376311084421742592_n.jpg

92921472_524123128185513_3175619490616442880_o.jpg

93280397_524123051518854_8989678519772512256_n.jpg

93853281_524123121518847_8973123761603608576_n.jpg

93584136_524123181518841_7638638673541464064_n.jpg
‘Malaysia’ Sebelum Kewujudan Negara Malaysia –Siri 4


1. Malaysia, Micronesia, Melanesia dan Polynesia pada asalnya merupakan nama bagi pembahagian kawasan geografi untuk pulau-pulau yang terdapat di kawasan Asia Tenggara dan Pasifik.

2. Tetapi pada hari ini, dua daripada nama berkenaan telah dijadikan sebagai nama negara moden. Pertama ialah nama negara kita iaitu Malaysia, sementara yang kedua ialah sebuah negara kepulauan kecil di Pasifik iaitu Federated State of Micronesia.

3. Manakala kepulauan yang di bawah jajahan negara Perancis di Pasifik pula pada hari ini dipanggil sebagai French Polynesia.

4. Justeru itu, jangan terkejut jika banyak peta-peta lama pada kurun ke-19 (tahun 1800-an) telah mencatatkan nama Malaysia sedangkan nama negara Malaysia hanya mula diisytiharkan pada tanggal 16 September 1963.

5. Berbeza dengan sempadan negara kita pada hari ini, ‘Malaysia’ yang tercatat pada peta-peta lama sebenarnya merangkumi wilayah Indonesia, keseluruhan pulau Kalimantan serta Filipina.

6. Manakala semenanjung Tanah Melayu yang bercantum dengan tanah besar Asia kebiasaannya diasingkan dari ‘Malaysia’ di dalam peta-peta lama. Semenanjung Tanah Melayu biasanya dirujuk sebagai Malacca, Malaya atau Malay Peninsular didalam peta-peta lama.

7. Satu lagi perkara yang tidak ramai perasan, rumpun Melayu sebenarnya adalah rumpun yang telah lama terpisah dengan rumpun Polynesia (Tahiti/French Polynesia, Roratonga/Cook Island, Samoa, Tonga dan sebagainya). Saki baki persamaan yang dapat dilihat pada hari ini adalah dari sudut Bahasa (beberapa patah perkataan) dan fizikal (warna kulit) yang dapat membuktikan mereka dari induk leluhur yang sama.

8. Dipaparkan sebahagian daripada peta-peta lama pada abad ke-19 yang ada mencatatkan nama ‘Malaysia’ untuk tatapan pembaca.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
6. Menerusi penulisannya yang telah diterbitkan kembali, beliau telah menulis perkataan ‘Maleysians’ di dalam catatannya pada sekitar tahun 1610.

7. Istilah ‘Malaisie’ yang digunakan oleh James Dumont D’Urville kemudiannya telah bertukar menjadi ‘Malaysia’ menerusi catatan pada sebuah peta oleh seorang ahli geografi Amerika Syarikat yang bernama Thomas G. Bradford pada tahun 1835.

Dah lama rupanya penggunaan nama MALAYSIA ni
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,827
Reaction score
350
Points
96
Sorry saya tak baca semua, panjang sangat.

Cuma tengok dalam peta, West Malaysia tak tergolong.

Maksudnya WM dulu asal-asalnya bukan dalam Malaysia, atau macam mana?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
Sorry saya tak baca semua, panjang sangat.

Cuma tengok dalam peta, West Malaysia tak tergolong.

Maksudnya WM dulu asal-asalnya bukan dalam Malaysia, atau macam mana?

5. Bahkan terdapat juga buku yang turut mencatatkan nama ‘Malaysia’ dalam kandungan penulisannya biarpun tidak terpapar pada tajuknya. Sebagai contoh, buku ‘Letters of Gilbert Little Stark’ terbitan Riverside Press pada tahun 1908 yang mengandungi ‘Chapter V : Canton, Java and Malaysia’.

6. Buku-buku ini kebanyakannya menggunakan nama ‘Malaysia’ sebagai rujukan kepada kepulauan Melayu secara keseluruhan dan tidak terhad semata-mata kepada sempadan moden negara Malaysia seperti yang wujud pada hari ini.

Kalau berdasarkan info penulis
WM pun termasuk sekali
 

saidins

Fun Poster
Joined
Jan 1, 2008
Messages
102
Reaction score
31
Points
30
Tahniah tuan.. Dah 46 thn hidup.. Harini baru tau
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register