BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Banjir 1971- Disifatkan sebagai banjir terbesar pernah berlaku di Malaysia selepas Merdeka

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Sejarah Banjir 1971- Disifatkan sebagai banjir terbesar pernah berlaku di Malaysia selepas Merdeka.


Perdana Menteri Malaysia, Tun Abd.Razak telah memanggil sidang kabinet tergempar setelah mendapati laporan banjir mula melanda seluruh tempat di Malaysia. Dalam Mesyuarat kabinet telah memutuskan untuk mengisytiharkan darurat banjir di seluruh negara berkuatkuasa bermula 5hb Januari 1971. Serentak dengan itu juga dua buah jawatankuasa kabinet bantuan dan pemulihan banjir di mana Perdana Menteri sendiri menjadi pengerusinya.

Sebuah lagi jawatankuasa untuk menaksir kerosakan dan mengarahkan lengkah-langkah pemulihan ekonomi dan sosial. Kuala Lumpur merupakan tempat yang paling teruk dilanda banjir di mana hampir 60% kawasannya ditenggelami air sehingga dapat dilihat di ibu kota Kuala Lumpur bagaikan berada di tengah lautan.

Walaupun banjir besar pernah berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1926 yang dipanggil "Bah Besar" dan sekali lagi melanda dalam tahun 1946, tetapi banjir yang melanda negara pada tahun 1971 ini adalah terbesar dan terburuk dalam sejarah negara.


Beratus-ratus kereta dan lori tersadai selama 3 hari apabila jambatan dekat daerah Maran, Pahang runtuh. Feri terpaksa digunakan untuk membawa kenderaan tersebut menyeberangi sungai.

Dikhabarkan juga Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang ketika itu) hampir lemas apabila bot yang baginda naiki bersama rombongannya untuk meninjau keadaan banjir telah dinaiki air di Sungai Pahang dekat daerah Pekan. Bagaimanapun Baginda dan rombongannya terselamat apabila dua buah bot nelayan muncul dan memberi bantuan. Speed bot baginda yang berharga RM 60,000 itu karam pada pukul 10.30 pagi.

Kejadian Bah Besar pernah berlaku pada 1931, 1947, 1954, 1957, 1967 dan 1971 manakala banjir yang hanya melibatkan negeri-negeri tertentu pula terjadi pada 1973, 1979, 1983 dan 2004.

Jika bertanya pada orang lama, banjir besar pada waktu itu cepat turun kerana belum banyak taman perumahan, bangunan seperti sekarang.

Sumber
Cerita Kedai kopi


6145464976823929081_120.jpg

6145464976823929084_120.jpg

6145464976823929082_120.jpg

6145464976823929083_120.jpg

6145464976823929085_120.jpg

6145464976823929086_120.jpg
 
Back
Top
Log in Register