hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,486
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,486
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Jenazah Sultan Perak ke 24 pernah tidak dimakamkan lebih sebulan selepas kemangkatan baginda pada 26 Mei 1871. Almarhum Sultan Ali Al Mukammal Inayat Shah hanya dimakamkan pada 28 Jun 1871 di Gedong Siam, Sayong selepas berlakunya kemelut perebutan takhta dalam kalangan pembesar negeri ketika itu. Peristiwa ini jarang diceritakan kepada generasi hari ini sedangkan ia merupakan antara episod penting dalam sejarah Perak.
Ketika itu berlaku perselisihan besar antara Raja Muda Abdullah, Raja Bendahara Ismail serta pembesar berpengaruh Ngah Ibrahim yang masing masing mempunyai pendirian tersendiri mengenai pengganti takhta. Konflik tersebut bukan sahaja melambatkan istiadat pemakaman, malah menjadi titik tolak kepada krisis politik yang akhirnya membuka ruang campur tangan British di Perak beberapa tahun kemudian.
Kisah ini bukan untuk membuka aib mana mana pihak, tetapi sebagai pengajaran tentang betapa pentingnya perpaduan dan kebijaksanaan dalam kepimpinan. Sejarah negeri Perak sarat dengan peristiwa yang membentuk jatidiri kita hari ini. Semoga perkongsian ini memberi kesedaran dan menambah rasa cinta terhadap warisan sejarah tanah air.
Kredit