BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral ππ€π‘𝐓 𝟏 & 2 : 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ„ππ€π€π π’π„πŒππŽπ˜π€π π’π”ππ„π‘πŒπ€π‘πŠπ„π“ YANG DITUDUH SCAMMER

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

Semboyan Supermarket Didakwa β€˜Culas’ Bayar Hutang Lebih RM20,000 Sehingga 3 Tahun?​

Bacaan 3 minit
Semboyan-Supermarket-700x366.jpg

Sumber: Facebook My Kuala Langat

Sebut mengenai Semboyan, pasti ramai yang mengaitkannya dengan saudara Yusuf Azmi. Popular dengan menentang penindasan melibatkan kaum Bumiputera membuatkan beliau dikenali ramai serta dianggap sebagai β€˜hero’ oleh sesetengah pihak.

Terbaharu, Semboyan Supermarket yang diusahakan oleh abang Yusuf Azmi, Asrul Azmi didakwa berhutang dengan pihak pemborong selama lebih 3 tahun. Lebih mengejutkan, jumlah barangan yang dihutang berjumlah sebanyak RM20,138.80.

Menerusi perkongsian Facebook My Kuala Langat, difahamkan pihak mereka sudah berulang kali menghubungi pihak Semboyan Supermarket untuk menjelaskan hutang.
Pertemuan dengan pihak pemilik Semboyan Supermarket , Asrul Azmi juga sudah dibuat namun sehingga kini hutang masih belum dibayar meskipun sudah diberikan peluang selama 6 bulan.

Sementara itu, pihak Arleyza Resources turut memanjangkan isu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketahui rapat dengan NGO Persatuan Semboyan Malaysia.
Tidak hanya menyatakan isu yang berlaku dengan Semboyan Supermarket , pihak mereka turut mendedahkan bukti screenshot mesej mereka seolah pihak Arleyza Resources terpaksa merayu memohon Semboyan Supermarket membayar hutang.

Sebelum ini, Yusof Azmi turut pernah memberi jawapan balas mengenai isu hutang yang berlaku dengan mendakwa jumlah hutang sebenar hanyalah RM7,397.29 dan bukannya lebih RM20,000 seperti yang didakwa.

398231260_640698751593405_4982729274048719226_n-1.jpg
Sumber: Facebook My Kuala Langat

Pihak Yusof Azmi turut memamklumkan mahu mengambil tindakan kepada pihak Arleyza Resources sekiranya tidak menurunkan posting melibatkan isu hutang ini.

Walau bagaimanapun, pihak Arleyza Resources tampil menjawab bahawa pihak Semboyan Supermarket sekadar mahu membayar wang mengikut jumlah produk yang terjual manakala produk yang tidak terjual dan sudah mencapai tarikh luput suruh diambil semula serta tidak termasuk dalam hutang.

Tidak kurang juga layanan yang diberikan pihak Semboyan Supermarket yang dikatakan kurang memuaskan namun apabila mahu barang tidak terjual pihak mereka yang perlu datang mengambil semula produk di Semboyan Supermarket .

Berdasarkan semakan, Arleyza Resources merupakan syarikat yang bertanggungjawab sebagai pengilang dan pengedar barangan runcit melibatkan makanan seperti belacan, yong tau foo, taucu yang diusahakan oleh pemilik Muslim.

Diharapkan semoga konflik melibatkan dua syarikat ini dapat diselesaikan dengan baik sekaligus hutang dapat dilangsaikan dalam memastikan Arleyza Resources yang menjalankan perniagaan menerusi pinjaman MARA dan Tekun dapat meneruskan perniagaan.
Setakat artikel ditulis, masih belum terdapat sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Semboyan mengenai isu yang berlaku.

https://The Vocket/semboyan-superma...akan,dihutang berjumlah sebanyak RM20,138.80.

𝐏𝐀𝐑𝐓 𝟏 : 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ„ππ€π€π π’π„πŒππŽπ˜π€π π’π”ππ„π‘πŒπ€π‘πŠπ„π“.​

Bagi menjawab tuduhan dan kekeliruan situasi sebenar yang berlaku berkenaan dakwaan Syarikat Arleyza tentang keengganan Semboyan Supermarket melunaskan baki bil seperti yang ditularkan My Kuala Langat, Berikut adalah penerangan yang dibuat dalam bentuk Video.

 
Last edited:

𝐏𝐀𝐑𝐓 𝟐 : 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ„ππ€π€π π”π‘π”π’ππˆπ€π†π€ 𝐁𝐀𝐉𝐔 𝐃𝐀𝐍 πƒπ€πŠπ–π€π€π ππ„πŠπ€π’ 𝐒𝐓𝐀𝐅𝐅 π’π„πŒππŽπ˜π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€​

Video ini tentang isu berkenaan Urusniaga Baju. Pihak sana mengatakan pihak Semboyan Malaysia tidak membayar modal yang sepatutnya kepada mereka dan Dakwaan Bekas Staff Semboyan yang mengatakan bahawa beliau mengetahui semua perkara yang berlaku di dalam organisasi.

 

𝐏𝐀𝐑𝐓 πŸ‘ : 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ„ππ€π€π πƒπ€πŠπ–π€π€π 𝐂𝐔𝐁𝐀𝐀𝐍 πŒπ„πŒπ”πŠπ”π‹ πŽπ‹π„π‡ 𝐒𝐓𝐀𝐅𝐅 π’π„πŒππŽπ˜π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍 π™πˆππ€​


Video part akhir ini adalah berkenaan satu laporan polis yang dimuat naik oleh My Kuala Langat tentang dakwaan salah seorang pengadu yang datang ke Semboyan Malaysia untuk selesaikan kes "Penipuan Umrah". Pengadu ini mengatakan beliau telah ditipu, diugut, dimaki dan terpaksa menunggu lama di Wisma Semboyan Malaysia. Seterusnya adalah tuduhan zina yang dilemparkan kepada adik beradik Tuan Yusuf Azmi. Posting ini telah di delete oleh admin page tersebut namun ada banyak saksi yang sudah pun melihat posting itu dimuat naik di My Kuala Langat. Dalam video ini adalah penjelasan dari Tuan Yusuf Azmi, dengar sampai habis.

 
den baru habis dengar 3 video ateh ni sambil mkn & buek kojo depan laptop... semua Usop Azmi jelaskan dengan bukti fakta, surat menyurat & surat2 lawyer & video rakaman kejadian...

dan terbongkar plot twist oleh usop berkenaan yg tuduh mcm2 kek semboyan....

nk tau jawapan?....tengok sendiri daaa ekekekekeke
 
den baru habis dengar 3 video ateh ni sambil mkn & buek kojo depan laptop... semua Usop Azmi jelaskan dengan bukti fakta, surat menyurat & surat2 lawyer & video rakaman kejadian...

dan terbongkar plot twist oleh usop berkenaan yg tuduh mcm2 kek semboyan....

nk tau jawapan?....tengok sendiri daaa ekekekekeke

Baco summary ekau pun dah memadai jang
Terimo kasih buek summary πŸ‘
 
Akibat dari berbisnes dengan golongan yang tidak professional
Lagi-lagi yang bisnes bawa nama Islam
Lagi-lagi tak boleh pakai :ROFLMAO:
Mana dah malakat mall elew supermarket :D
 
Cait..video punya la panjang...buleh lukis ka? Baru mudah faham. Atau tulis ringkasan je...ni buat bideo youtube. Mau up view ka? Mkn untung youtube sekali?
 
Back
Top
Log in Register