BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PDRM Hantar Pasukan Ke Pakistan Siasat Penahanan Rakyat Malaysia Disyaki Scammer

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

PDRM Hantar Pasukan Ke Pakistan Siasat Penahanan Rakyat Malaysia Disyaki Scammer​

27e34066a4a7ab06c8f56b1a45b33a2c6a8522d55e2f6

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Aset All Terrain Tactical Assault E-Bike (ATEB) JEBATT F29 kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar pasukan khas ke Islamabad, Pakistan bagi menyiasat laporan berhubung penahanan beberapa rakyat Malaysia disyaki terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata setakat ini, beliau belum dapat mengesahkan jumlah sebenar rakyat Malaysia terlibat memandangkan siasatan masih pada peringkat awal.

“Menteri Dalam Negeri ada maklum kepada saya semalam, dan untuk ke tempat tertentu ini memerlukan tindakan yang bersepadu, bukan sahaja antara kita tetapi juga kerajaan kepada kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Aset All Terrain Tactical Assault E-bike (ATEB) di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Mohd Khalid berkata PDRM kini giat mengesan rangkaian pihak terlibat dalam kegiatan itu dengan kerjasama penuh pihak berkuasa Pakistan.

Semalam, media antarabangsa melaporkan pihak berkuasa Pakistan menahan 258 warga asing dalam serbuan ke atas pusat panggilan penipuan di kawasan perumahan Gulberg Green, pinggir Islamabad.

Tangkapan itu melibatkan 40 rakyat China dan 170 Vietnam selain warganegara Malaysia dan negara Asia lain.

Dalam pada itu, Mohd Khalid mendedahkan trend semasa menunjukkan kegiatan penipuan dalam talian kini banyak melibatkan warga asing terutama dari China.

Beliau berkata kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM menahan 182 warga asing yang cuba menjadikan Malaysia sebagai hab kegiatan penipuan dalam talian pada bulan lepas juga menunjukkan keseriusan kes itu.

 
Back
Top
Log in Register