BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Kalau lelaki curang, memang automatik salah perempuan ke?’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Kalau lelaki curang, memang automatik salah perempuan ke?’​

WhatsApp-Image-2026-06-08-at-09.47.10.jpeg

Mek Yun berang ramai kaum wanita disalahkan apabila kecurangan itu berpunca daripada golongan lelaki sendiri.

‘Kalau lelaki curang, memang automatik salah perempuan ke?’ PETALING JAYA – “Curang itu bukan kesilapan, curang itu pilihan.”

Demikian pandangan pempengaruh dan pelakon, Mek Yun mengenai tindakan segelintir individu yang sanggup mengkhianati ikatan cinta dengan menjalin hubungan gelap.

Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 28, berkata, banyak kesalahan dituding kepada wanita termasuk perubahan fizikal yang dijadikan alasan untuk lelaki mencari orang baharu.

“Sudah banyak kali saya tengok, ada lelaki berfikiran macam ini. Kalau lelaki curang, memang automatik salah perempuan ke? Memang tugas perempuan sentiasa jadi cantik untuk lelaki ke? Ikut saja kehendak lelaki 24 jam?

“Kalau wanita itu dah berubah tak macam hari pertama, jadi itu alasan untuk curang? Awak sebagai lelaki patut jadi sebab dia kembali bersinar, bukannya pergi cari perempuan lain,” katanya dalam hantaran di Threads.

Perkongsian berkenaan isu lelaki tidak setia itu disuarakannya selepas melihat banyak kisah kecurangan tular di laman sosial.

Wanita Tionghua itu yang fasih berbahasa Melayu itu juga tidak ketinggalan menitipkankan pesanan agar golongan hawa yang menjadi mangsa tidak menyalahkan diri sendiri.

“Lelaki curang ada dua sebab sahaja. Sama ada dia terlalu mementingkan diri atau terlalu lemah untuk mengawal nafsu sendiri.

“Lelaki sebenar tak memerlukan alasan untuk setia. Peringatan juga pada wanita di luar sana, kalau suami anda curang jangan sesekali menyalahkan diri sendiri,” ujarnya.

Menerusi hantaran lain, Mek Yun menegaskan tidak akan berkompromi terhadap individu yang mementingkan nafsu sebegitu malah sedia angkat kaki seandainya dikhianati.

“Kalau terjadi kepada saya? Bye-bye! Tak perlu tanya orang apa patut saya buat. Seorang wanita perlu tahu nilai dirinya. Tak perlu merayu agar menjadi pilihan utama. Wanita boleh buat pilihan sendiri,” katanya.

Pandangan umumnya meraih sokongan ramai yang berharap mereka yang dicurangi tidak merayu kepada lelaki sedemikian.

“Tepat sekali. Anda berharga. Percayalah selagi dia tak merasa erti kehilangan dia takkan menyesal. Jangan sesekali merayu, jangan sesekali melutut untuk dipilih. Jangan bagi lelaki kemenangan,” kata netizen.

Terdahulu, Mek Yun antara pempengaruh media sosial yang gemar berkongsi pandangan mengenai isu semasa terutama membabitkan wanita. – KOSMO! ONLINE
==============================
Aduhai Mek Yun, macam paham je hidup ni kan. Suka2 dia bagi nasihat pasal curang ni. Kat IG pun tengok gaya rileks je promote produk kecantikan, buat apa nak stress2 kan. K, malas nak bebel lebih~ 🙄

 
Back
Top
Log in Register