BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Kalau attention seeker, memang tak menyesal sombong’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Kalau attention seeker, memang tak menyesal sombong’​

AZHAN-NAFI-SOMBONG.jpeg

AZHAN tidak kisah dilabel sombong.

‘Kalau attention seeker, memang tak menyesal sombong’ PETALING JAYA – Didakwa sombong, pelakon Azhan Rani secara santai menyifatkan tidak menyesal dianggap bersikap sedemikian oleh individu yang gemar mencari perhatian.

Azhan atau nama lengkapnya, Azhan Abdul Rani, 50, berkata, dia tidak menyedari andai pernah mengabaikan teguran mana-mana pihak, namun mengakui tidak kisah sekiranya dituduh menyombong dalam situasi tertentu.

“Yeke, tak perasan rasanya. Tapi kalau ye pun, bagus juga. Saya kalau dengan ‘attention seeker’ memang tak menyesal sombong,” selorohnya dalam respons di media sosial.

Maklum balas itu adalah bagi menjawab dakwaan seorang pemilik akaun Threads yang mendakwa Azhan tidak memberi sebarang reaksi ketika ditegur.

“Azhan Rani. Sombong gila. Cakap hai pun buat tak tahu,” tulis individu berkenaan.

Bagaimanapun, jawapan bersahaja Azhan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan cara pelakon terbabit berdepan kritikan.

Ruangan komen juga dipenuhi maklum balas mereka yang mengenali keperibadian pelakon drama Seribu Tahun itu dengan tampil mempertahankannya.

Antara komen mencuri perhatian adalah daripada aktor, Beto Kusyairy apabila menegaskan dakwaan sebegitu bukan sikap sebenar sahabatnya.

“Astaghfirullah, kau sombong? Jauh panggang dari api. Terbahak aku,” tulisnya.

Selain Azhan, antara nama selebriti yang pernah dijadikan topik perdebatan dalam platform Threads dengan dakwaan sombong ialah Mira Filzah dan Ara Johari – KOSMO! ONLINE
==============================
Haih Azhan ni memang suka2 je layan. Nak sentap pun rasa malas2. Kat IG dia pun penuh gambar positif, mungkin dia ingat semua tu tak penting, chill je. 😏

 
Back
Top
Log in Register