BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Nak bercerai, saya curang dengan dua lelaki’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
a2bff092-4f81-44b2-b5c2-d6f9b6c1ee49-1.jpeg

TOM membuat pengakuan secara terbuka berselingkuh dengan dua lelaki di belakang suaminya, Fuad.

‘Nak bercerai, saya curang dengan dua lelaki’" PETALING JAYA – Rumah tangga penyanyi Tom menjadi bualan ramai apabila secara terbuka mengakui bakal bercerai dengan suaminya, Fuad Rahman selepas mendakwa dirinya curang dengan lelaki lain.

Tom atau nama penuhnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, dalam satu hantaran Facebook turut melabel dirinya sebagai perempuan gatal yang curang dengan dua lelaki berbeza.

“Saya sudah nak bercerai dengan Fuad sebab curang bersama lelaki bernama APang dan Abang Jidin.

“Saya perempuan gatal, semua salah saya,” katanya.

Tambah Tom, dia juga meminta orang ramai tidak mencarinya dan mengalu-alukan mana-mana wanita lain untuk menggantikan tempatnya sebagai isteri Fuad.

“Okey, sudah jangan cari saya lagi, saya nak pergi curang sana sini lagi.

“Sesiapa nak ambil tempat saya, silakan.

“Kami sudah nak cerai, rugi tidak ‘adjust’ sebab suami saya tak bersalah, dia baik,” katanya lagi.

Hantaran tersebut bagaimanapun sudah dipadam beberapa jam kemudian.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada perkongsian tersebut hanya sekadar gurauan atau sebaliknya.

Terdahulu, Tom dan Fuad selamat bernikah pada 26 Februari 2023 selepas menjalin cinta ketika menyertai Gegar Vaganza musim ke-9.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE
==============================
Aduh, Tom ni buat hal lagi. Dari nak kahwin Gegar Vaganza sampai la nak cerai. Kadang2 pelik tengok perangai Tom ni, tapi mana tau kot dia memang jenis suka2 nak curang 🙈. Ada la drama dia kat IG, malas2 nak layan.

 
Back
Top
Log in Register