BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Tidak perlu ambil tahu punca saya bercerai’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Tidak perlu ambil tahu punca saya bercerai’​

WhatsApp-Image-2026-07-10-at-3.28.04-PM.jpeg

ZIZI mengambil pendekatan untuk kekal merahsiakan punca perceraiannya dengan Yusuf.

"‘Tidak perlu ambil tahu punca saya bercerai’" PETALING JAYA – Penyanyi dan aktivis kemanusian, Zizi Kirana meminta agar netizen berhenti membuat spekulasi tentang punca perceraiannya dengan pelakon, Yusuf Bahrin.

Sebelum ini ada dakwaan mengatakan rumah tangga mereka runtuh gara-gara orang ketiga. Ada juga yang mendakwa penyertaan Zizi ke misi kemanusian Global Sumud Flotilla sebagai punca.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, dia tidak gemar berkongsi soal peribadi kepada umum terutamanya kisah rumah tangganya.

“Orang akan sentiasa bercakap. Saya tidak boleh nak tutup mulut orang dan halang cara orang berfikir.

“Ketika hari saya bercerai pun, saya dapat banyak mesej yang bertanya apa punca saya bercerai.

“Tetapi bagi saya, orang luar tidak perlu tahu. Cukup sekadar mereka tahu bahawa hubungan kami sampai di sini sahaja.

“Kepada orang di luar sana, demi menjaga kesihatan mental anda sendiri, tak perlulah buat spekulasi dan berteka teki punca pencarian saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Yang Tinggal, di sini, semalam.

Namun kata pelantun lagu Eh itu, dia terharu kerana terdapat ramai yang mendoakan kesejahteraannya sebaik sahaja mengetahui berita tentang perceraiannya.

“Saya sangat berterima kasih kerana ramai yang mendoakan saya ketika itu. Saya sampai terkejut. Comelnya mereka doa dan komen yang baik-baik untuk saya.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan media yang mesej saya ketika itu tetapi saya tak dapat nak balas satu per satu. Ketika itu saya belum bersedia untuk bertemu media dan dalam persiapan untuk ke misi kemanusian yang seterusnya.

“Pulang sahaja ke rumah dari mahkamah saya terus kemas barang untuk terbang ke Mesir keesokan harinya,” jelasnya.

Terdahulu Zizi dan Yusuf sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 2 April lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala Zizi, suka2 je orang buat spekulasi pasal orang ketiga. Tapi bila tengok IG dia, dah move on cepat siap gi misi ke Mesir. Memang kuat jugak dia ni, malas2 nak layan drama.

 
Back
Top
Log in Register