BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Punca cerai? biarlah kekal antara saya dengan dia’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Punca cerai? biarlah kekal antara saya dengan dia’​

IMG-20260717-WA0044.jpg


‘Punca cerai? biarlah kekal antara saya dengan dia’ PETALING JAYA – Pengesahan cerai sudah dibuat, namun punca keruntuhan perkahwinan yang dibina selama empat tahun tersebut biarlah tersemat dalam kamus hidupnyanya.

Itu pendirian pelakon tinggi lampai, Sharifah Husna yang kekal dengan pendekatan tidak berkongsi perincian mengenai perpisahannya dengan aktor Halim Radzi.

Husna, 33, berkata, biarlah punca perceraian mereka tidak diuar-uarkan kepada umum demi menghormati privasi kedua-dua belah pihak.

“Alhamdulillah, saya okey. Macam yang saya cakap apa-apa yang berlaku pada saya sebelum ini, saya ambil masa untuk proses dan bila dah bersedia saya kongsikan.

“Saya tak nak bagi sebarang butiran fasal perceraian saya dengan dia.

“Biarlah kekal antara saya dengan dia. Cukuplah sekadar orang tahu yang kami dah bercerai,” katanya semasa sidang media Melodi Terhangat, semalam.

Dalam masa sama, pelakon drama Berbahagi Suami itu terbuka berkongsi mengenai perceraian mereka kerana memahami kedua-dua mereka merupakan figura yang dikenali.

“Memang saya tak berkongsi fasal sebarang kehidupan peribadi pun dalam kerjaya.

“Hakikat yang dulu sebelum ini pun saya kongsi sikit sebab pasangan saya seorang pelakon juga. Itu sahaja,” ujarnya.

Meskipun sudah berpisah, Husna menegaskan hubungan mereka tetap berjalan dengan baik dan terbuka untuk bekerja di bawah satu naskhah yang sama.

“Dah pernah pun pernah bekerja pun selepas selepas cerai dan kami mempunyai hubungan yang baik sehingga sekarang.

“Sekiranya kalau kami berjumpa lagi dekat set, tak ada masalah. Itulah tahap profesionalisme kami di set,” jelasnya.

Sebelum ini, Husna dan Halim disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Terdahulu, khabar angin mengenai kemelut rumah tangga mereka mula bertiup kencang sejak tahun lalu

Lebih menguatkan lagi dakwaan, Husna juga memadam foto-fotonya bersama Halim dari dalam akaun media sosialnya.

Untuk rekod, Husna dan Halim mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri sahabat dan keluarga terdekat. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adoi, si Husna ni suka2 je padam gambar. Macam malas2 nak layan drama kan? IG dia lagi banyak quote2 makan dalam jek. Harap tak de lah post baru pasal emosi pulak. 🙄

 
Back
Top
Log in Register