BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khiriah ‘menghilang’, Ieda Moin tidak tahu punca

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Khiriah ‘menghilang’, Ieda Moin tidak tahu punca​

KHIRIAH-IEDA.jpg

TAHU keberadaan sahabat baiknya, pelakon Ieda Moin memilih untuk memberi ruang kepada pelakon Noorkhiriah untuk melakukan apa yang selesa dengan situasi sendiri selama tempoh 'menghilang' ketika ini.

Khiriah ‘menghilang’, Ieda Moin tidak tahu punca KUALA LUMPUR – Pelakon Ieda Moin mengakui tidak mengetahui punca sebenar rakan karibnya, Noorkhiriah yang seakan-akan ‘menghilang’ daripada radar industri seni dan tidak lagi aktif dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Ieda atau nama lengkapnya Siti Haida Abd Moin, 47, mengakui ramai yang bertanyakan mengenai perkara tersebut namun memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Ramai yang mencari saya bertanyakan perkara ini. Saya tidak boleh komen dan tak tahu apa punca dia menghilang.

“Sebagai seorang paling rapat pun, dia tidak beritahu apa-apa kepada saya,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran dan tayangan perdana drama terbaharu Viu, Cela, semalam.

Tambahnya, kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika sama-sama menjalani penggambaran drama Seribu Tahun.

Malah, Noorkhiriah merupakan individu terawal meninggalkan kumpulan WhatsApp drama berkenaan.

Meskipun mempunyai cara untuk menjejaki keberadaan sahabat yang mesra dibahasakan Khiriah itu, Ieda mengambil pendekatan berhemah dengan memberi ruang secukupnya kepada pelakon yang pernah terkenal sebagai pelakon komedi itu.

“Saya boleh sahaja cari dia. Tetapi saya beri dia ruang. Apa pun yang berlaku kita beri ruang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ieda berharap agar tiada sebarang andaian atau spekulasi liar timbul berhubung kehilangan Khiriah selain memaklumkan dia bukan individu yang layak untuk memberikan sebarang kenyataan rasmi.

“Saya bukanlah orang yang sepatutnya boleh beri komen lanjut,” luahnya.

Ujarnya lagi, Khiriah ada menghantar mesej peribadi kepadanya sebelum ini bagi memohon maaf sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum ini, tindakan Noorkhiriah menyahaktifkan akaun media sosial serta sukar dihubungi menimbulkan tanda tanya ramai.- KOSMO! ONLINE
==============================
Huish, mula2 ingat khiriah buat drama promo lagi, rupanya betul2 senyap. Kadang2 kita pun perlukan masa utk diri kan... Ada tengok dia punya IG semua pun hilang, macam seram2 jer.

 
Back
Top
Log in Register