BTC USD 62,580.0 Gold USD 2,344.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr M: Hutang peminjam PTPTN RM39 bilion sebanyak kerugian 1MDB

"Dah hutang bayarlah"! Amboi sedapnya cakap...

Semua orang tahu hutang wajib bayar. Masalahnya dulu PH dok sembang mampu bg pendidikan percuma. Pinjaman PTPTN menzalimi pelajar dgn bebanan hutang. Blablabla...

Dulu mereka sanggup guling2 atas jalan, hasut rakyat jangan bayar PTPTN sebab itu sepatutnya tanggung jawab kerajaan...

Kemuncaknya dalam MANIFESTO mereka kata bayaran akan dituntut jika gaji mencecah RM4000. Ramai anak2 muda yang terpesona. Maklumlah hutang PTPTN ini membelengu mereka dengan bermacam2 ugutan dan akhirnya mereka disenarai hitamkan untuk ke luar negara...

TAPI...

Kini bila mereka berkuasa, mereka bukan setakat membuat PUSINGAN U, bukan juga PUSINGAN 360° malah jauh lebih teruk dari PUSINGAN 720°.

Kalau dulu cuma di senarai hitamkan, kini mereka bakal diugut dengan sekatan memperbaharu Lesen Memandu dan Cukai Jalan pula.

Jika sekatan ke luar negara mungkin melibatkan sebilangan kecil sahaja yang terjejas. Sekatan Lesen Memandu & Cukai jalan akan melibatkan hampir keseluruhan peminjam PTPTN.

Untuk perbaharu cukai jalan itu sendiri memakan belanja yang besar apatah lagi nanti rakyat akan dipaksa menyelesaikan secara pukal berdasarkan rundingan sepertimana yang dikenakan sekarang untuk ke luar negara.

TAKZIAH Saya Ucapkan kepada Peminjam PTPTN.

#ambebebashutang

Bak kata macai.. bagi mereka peluang. Baru seminggu kawen x kan nak terus keluar anak. Lagipon, kerajaan sekarang mewarisi urustadbir negara yg teruk dari kerajaan terdahulu... Emdibi.. emdibi.. emdibi
 
Sponsored Post

Wan Saiful jadikan PTPTN paling 'bangsat', kata Adam Adli

Aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim mengecam Pengerusi Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan susulan cadangan memperkenalkan semula sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman.

Adam mendakwa cadangan itu bercanggah dengan aspirasi PH.

"Wan Saiful tidak membuat kerja ikut aspirasi PH.

"Dia ingat diri dia lagi besar daripada kerajaan sebab buat keputusan bercanggah dengan kerajaan. Asyik bagi alasan menjengkelkan dengan kata nak bincang.

"Dia menjadikan PTPTN badan paling bangsat dalam negara," katanya kepada Malaysiakini.

Adam berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan yang dibangkitkan dalam taklimat awam pentadbiran tinggi PTPTN, semalam.

Tambah Adam, perkembangan terbaru berhubung isu PTPTN itu menunjukkan Wan Saiful tidak menyelesaikan masalah berbangkit meskipun sudah menjawat jawatan sebagai pengerusi perbadanan itu sejak Jun tahun lalu.

"Saya tak faham apa rasional kenakan sekatan seperti halang luar negeri macam ini, untuk dijadikan satu cadangan yang boleh diambil kira.

"Macam mana dia nilai prestasi diri sendiri?

"Wan Saiful sepatutnya bantu pelajar untuk jelaskan hutang. Ini tidak, bangkit isu lama pasal sekatan ini lagi," katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata cadangan hanya "salah faham" dan "bukan daripada PTPTN".

Jelas Maszlee ia sekadar dikemukakan dalam rundingan awam bagi mendapatkan pandangan orang ramai.

Dalam taklimat bersama media yang turut dihadiri Wan Saiful semalam, pentadbiran PTPTN memaklumkan bahawa pihak mereka sedang meneliti beberapa cadangan untuk mengutip baki pinjaman pendidikan.

Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata, ia termasuklah cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.

Mastura juga menambah bahawa sekatan perjalanan merupakan kaedah paling berkesan oleh PTPTN dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang gagal membuat bayaran.

Bukan lubuk buat duit

Mengulas lanjut, Adam menegaskan bahawa pinjaman pendidikan bukan pinjaman komersial.

Katanya, PTPTN ditubuhkan untuk meningkatkan pendidikan rakyat dan bukannya lubuk untuk meraih keuntungan.

"Jangan jadikan PTPTN itu sama macam syarikat korporat kewangan lain. Jangan mengambil kesempatan atas peminjam yang tiada pilihan.

"Mereka ini sebenarnya bukan ada banyak pilihan. Sudah jadi tradisi pelajar masuk universiti ambil pinjaman PTPTN, jadi jangan ambil kesempatan," katanya.

Dalam manifesto sebelum PRU ke-14, PH berjanji untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

Pada Jun tahun lalu, sebanyak 265,149 nama daripada 433,708 peminjam PTPTN telah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun, peminjam bergaji RM4,000 ke bawah masih perlu membayar pinjaman seperti biasa kerana kedudukan kewangan negara dikatakan belum kukuh.
https://www.malaysiakini.com/news/476503

/
 
Adam Adli kena bayar PTPTN ke?
org tak habis belajar kerja apa ek? jd pegawai politik? :)):))

tu la lain kali belajar sampai habis, mana tahu jd menteri mcm Saddiq...
kurang2 jd pengerusi PTPTN..
 
Najib Razak
11 hrs ·

Sendiri yang umumkan.

Sendiri yang mengaku tak setuju dengan pengumuman sendiri.

Lalu "pihak-pihak tertentu" disalahkan.

PH amat pelik.

60552644_10156081894440952_4349604408196071424_n.png
 
Faiz Bahruddin
13 hrs

The other day I received an email from PTPTN, informing me I have overpaid and they all nak bayar balik.

Alhamdullilah!!!!

Rezeki nak kahwin, nak raya. Ini lah hikmah bila kita bayar penuh, bila kita memerlukannya, kita akan dapat balik.

Dah mula fikir, dengan dapat duit refund ni, mungkin nak beli lah kasut raya baru, baju raya baru, seluar raya baru.

Tapi...

Mahfooz- saya dituduh ade ijazah.
Wan sai ****-maaf, saya tidak setuju dengan cadangan saya sendiri".
����������

Lim Guan Eng -jual aset negara = pelaburan FDI meningkat suku pertama/pelabur yakin. :p:))
 
PTPTN bawah PH, Maszlee bawah PH. Menteri PH meminta penjelasan PTPTN PH kerana tidak menunaikan janji PTPTN yang dijanjikan oleh Parti PH.... hahahhihi

Semua kena blk kt ph lanie dl mat sabu pernah kata kt najib....najib perdana menteri lulus projek....najib Tanya pada najib menteri kewangan pastu najib luluskn kewangan.....hidup nie roda ja....last semua patah blk hahaha
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register