BTC USD 105,766 Gold USD 3,433.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Sarawak sedang bangun sistem aplikasi dikenali Sistem Pengiktirafan Bumiputera Sarawak

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,647
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
60,647
Reaction score
6,965
Points
881
Awards
1
Boleh buat permohonan status Bumiputera

Sikie ketika menghadiri persidangan DUN, hari ini. - Gambar Roystein Emmor
Sikie ketika menghadiri persidangan DUN, hari ini. - Gambar Roystein Emmor
KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang membangunkan sistem aplikasi dikenali Sistem Pengiktirafan Bumiputera Sarawak, kata Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai.

Beliau berkata apabila siap sepenuhnya nanti, aplikasi itu akan membolehkan pemohon membuat permohonan untuk diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak secara dalam talian melalui portal sarawak.gov.my.

"Sukacita dimaklumkan, Kerajaan Sarawak sedang membangunkan aplikasi yang dikenali sebagai Sarawak Native Recognition Application System bagi membolehkan pemohon membuat permohonan untuk diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak.

"Permohonan secara dalam talian ini boleh dibuat melalui portal sarawak.gov.my dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Sikie berkata selaras dengan penetapan tarikh kuat kuasa Ordinan Tafsiran (Pindaan), 2022 pada 1 November 2023 oleh Kerajaan Sarawak, semua permohonan untuk diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Daerah atau Pejabat Daerah Kecil di seluruh Sarawak.

Menurutnya dalam tempoh November 2023 hingga April 2024, 1,646 permohonan untuk diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak telah diterima dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pengiktirafan Sebagai Bumiputera Sarawak.

"Daripada jumlah tersebut 1,338 atau 81.29 peratus permohonan telah diluluskan.

"Keputusan dan Sijil Pengiktirafan Sebagai Bumiputera Sarawak telah dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil yang berkenaan secara berperingkat untuk disampaikan kepada pemohon-pemohon terlibat," tambahnya.

Menjelas lanjut, Sikie berkata syarat-syarat kelayakan untuk seseorang individu untuk diiktiraf sebagi Bumiputera Sarawak ialah pemohon adalah warganegara Malaysia, pemohon adalah anak kandung yang lahir kepada salah seorang Bumiputera Sarawak dan salah seorang ibu bapa kandung pemohon mestilah Bumiputera Sarawak.

Menyentuh isu urus tadbir hal ehwal ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sarawak, beliau berkata setakat semalam, terdapat 7,592 jawatan KMKK di seluruh negeri.

"Setakat hari ini, terdapat sebanyak 7,592 jawatan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) di seluruh Sarawak yang terdiri daripada 41 jawatan temenggung, 88 jawatan pemanca, 542 jawatan penghulu dan 6,921 jawatan ketua kaum.

"Di samping itu juga, terdapat sebanyak 6,921 jawatan setiausaha bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan dianggarkan sebanyak 72,000 ahli JKKK di seluruh Sarawak," katanya.

Jumlah itu katanya, telah memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan Sarawak berjumlah RM135.9 juta setahun bagi pembayaran gaji ketua masyarakat, elaun ketua kaum, elaun setiausaha, elaun kehadiran dan pengendalian mesyuarat JKKK.
 
Sponsored Post

Ok la ni. susah sikit nak kawtim semata-mata nak keluarkan sijil anak bumiputera. kalau minta cara manual, tukang sign sijil pun rambang mata. sijil bumiputera anak negeri bukan murah ooo......no money no talk.

dah keluar sijil anak negeri, tapi bahasa tempatan tak kuasai dan faham pun tidak. berlagak nak guna bahasa penjajah UK perasan terpaling educated.
 
Ok la ni. susah sikit nak kawtim semata-mata nak keluarkan sijil anak bumiputera. kalau minta cara manual, tukang sign sijil pun rambang mata. sijil bumiputera anak negeri bukan murah ooo......no money no talk.

dah keluar sijil anak negeri, tapi bahasa tempatan tak kuasai dan faham pun tidak. berlagak nak guna bahasa penjajah UK perasan terpaling educated.
Uk tu bahasa tempatan la bang...

Nama atok sana pun James Brooke...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register