BTC USD 106,877 Gold USD 3,416.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PTPTN: Peminjam diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,655
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
60,655
Reaction score
6,965
Points
881
Awards
1
PTPTN: Peminjam diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik

A view of the sea
Ahmad Dasuki Abdul Majid
Kuala Lumpur: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diseru supaya merebut peluang insentif diskaun bayaran balik pinjaman yang berakhir pada 31 Mac ini.

PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi tempoh 14 Oktober 2023 hingga 31 Januari lalu, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif diskaun bayaran balik dengan jumlah diskaun diberikan sebanyak RM57.78 juta membabitkan kutipan bayaran balik yang layak diskaun berjumlah RM442.09 juta.

"Melalui pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lepas kerajaan bersetuju pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 meliputi tiga kategori.

"Tiga kategori itu termasuk diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual," menurut kenyataan itu.

Sementara itu Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang memberikan manfaat kepada peminjam PTPTN.

"Komitmen peminjam yang membuat bayaran balik amatlah dihargai demi kelangsungan dana pinjaman pendidikan kepada anak-anak generasi akan datang sekali gus memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan.

"Dengan pelbagai usaha dan pendekatan mesra dilaksanakan oleh PTPTN, diharapkan peminjam mengambil peluang untuk membuat bayaran balik dan tampil berbincang dengan PTPTN sekiranya terdapat sebarang kemusykilan kerana PTPTN sedia membantu," katanya.

Selain itu beliau berkata PTPTN juga menyediakan pelbagai saluran bayaran balik bagi memudahkan peminjam membuat bayaran balik termasuk melalui aplikasi myPTPTN yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh menghubungi PTPTN untuk maklumat lanjut menerusi Careline PTPTN di 03-2193 3000, Live Chat melalui www.ptptn.gov.my, E-Aduan https://eaduan.ptptn.gov.my/, eksekutif jualan PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn atau media sosial rasmi PTPTN.

Disiarkan pada: March 18, 2024 @ 4:49pm
 
Sponsored Post

Diskaun PTPTN bantu peminjam langsai hutang cepat, elak disenarai hitam

Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam oleh kerajaan.

Seorang peniaga William Nickson berkata pemberian diskaun bayaran balik itu, dapat membantu graduan menguruskan kewangan mereka terutama jika turut menanggung komitmen kewangan lain.

“Dengan diskaun ini, saya boleh memberi fokus kepada perbelanjaan lain seperti hutang kereta dan juga menampung sedikit perbelanjaan keluarga,” katanya.

Kerani perisian data Syahirah Kaisya pula berkata diskaun yang diberikan PTPTN itu, dapat membantu peminjam untuk menyelesaikan hutang mereka dengan lebih cepat.


“Bila diskaun ini diberikan, peminjam tidak lagi berlengah untuk menyelesaikan hutang PTPTN mereka, kerana tawaran tersebut ada tempoh masa. Bila mereka dapat menyelesaikan hutang dengan cepat, wang lebihan yang ada boleh digunakan kepada perkara lain atau dijadikan simpanan,” katanya.

PTPTN memaklumkan bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan lepas, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif diskaun bayaran balik dengan jumlah diskaun diberikan sebanyak RM57.78 juta, melibatkan kutipan bayaran balik yang layak diskaun berjumlah RM442.09 juta.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sebanyak 10 hingga 15 peratus bermula 14 Okt 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Dalam pada itu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memaklumkan bahawa pengurusan kewangan secara bijak dan holistik, mengikut keperluan kewangan individu boleh memberi impak positif dalam membantu peminjam mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan.

Jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat AKPK berkata pengurusan kewangan secara bijak juga, dapat membantu mengurangkan beban individu yang sedang menghadapi cabaran ekonomi atau terjebak keterhutangan serius.

“Sebaik sahaja bercakap tentang hutang atau pinjaman atau pembiayaan, pelbagai emosi boleh timbul dalam diri kita. Ada yang memandang daripada sudut kebaikan dan tidak kurang juga yang melihat hutang dan pinjaman sebagai sesuatu yang negatif.

“Oleh itu, kami sentiasa mengetengahkan tentang persepsi yang betul tentang kesejahteraan kewangan, kerana sangat penting untuk orang ramai sedar tentang keperluan untuk mengimbangi akan tanggungjawab terhadap pengurusan kewangan dan memenuhi tuntuan untuk menyelesaikan pinjaman sedia ada,” kata jurucakap itu kepada Bernama.

Jurucakap AKPK itu memaklumkan melalui kajian mereka, lebih 9,000 daripada jumlah permohonan Program Pengurusan Kredit (PPK) yang membuat pinjaman PTPTN telah menstruktur semula hutang mereka di bawah PPK AKPK sehingga Disember 2023.


“Untuk makluman, tawaran diskaun yang diberikan ini boleh membantu pelajar membayar dengan lebih mudah dan dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang sedia ada serta seharusnya memanfaatkan kemudahan diskaun dengan sebaiknya.

- Bernama
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register