• Forum searching still not well functioning . We have already working on it.

Dr M: Hutang peminjam PTPTN RM39 bilion sebanyak kerugian 1MDB

Recommended Brokers


Latest Threads

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3
Najib Razak
4 hrs ·

Satu lagi janji manifesto bakal V-Turn.

Yang lebih dasyhat ialah, selain menghalang dari keluar ke luar negara, mereka mahu sekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.

Tapi ini saya tak faham.

Kenapa mahu sekat sini sekat sana jika mahu hapuskan PTPTN?

 
Sponsored Post

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
21,439
Reaction score
2,254
Points
163
ramai termakan janji dajjal pasal hutang ptptn nih..

janji dajal ni aku kutip dari pengundi ph gak..

jangan kecam aku plak..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,735
Reaction score
8,475
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL


MENTERI Pendidikan, Dr. Maszlee Malik beramah mesra dengan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Sungai Ara, Pulau Pinang ketika melawat sekolah berkenaan. -UTUSAN ONLINE/Safina Ramli

PTPTN perlu beri penjelasan semula - Maszlee


PULAU PINANG 17 Mei - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu memberikan penjelasan semula mengenai cadangan untuk memperkenalkan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat terhadap agensi berkenaan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, apa yang PTPTN kemukakan mengenai cadangan berkenaan adalah hasil daripada maklum balas yang diterima daripada orang awam menerusi tinjauan dalam talian (Konsultasi Rakyat) yang dilaksanakan oleh PTPTN.

“Pihak PTPTN perlu berikan penjelasan (cadangan untuk memperkenalkan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam) bagi mengelakkan berlaku salah faham.

“Ini bukan cadangan daripada PTPTN, tetapi ia adalah pandangan awam menerusi tinjauan dalam talian yang dilakukan oleh PTPTN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Sungai Ara di sini hari ini.

Semalam, PTPTN dilaporkan mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PTPTN, Mastura Mohd Khalid, agensi itu sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan.

Mastura berkata, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.

Sebelum ini, pada 26 Jun, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan sekatan perjalanan terhadap peminjam yang ingkar ditarik balik dan sebanyak 429,945 peminjam PTPTN yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen turut dibatalkan. - UTUSAN ONLINE


http://www.utusan.com.my/berita/politik/ptptn-perlu-beri-penjelasan-semula-1.902706
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
30,193
Reaction score
1,079
Points
168
Location
-- .- ...
Bila nak hapus? Sama ada PTPTN hapus atau PH mampus next PRU
 

stonecold88

Active+ Member
Joined
May 31, 2009
Messages
3,588
Reaction score
579
Points
113
"Dah hutang bayarlah"! Amboi sedapnya cakap...

Semua orang tahu hutang wajib bayar. Masalahnya dulu PH dok sembang mampu bg pendidikan percuma. Pinjaman PTPTN menzalimi pelajar dgn bebanan hutang. Blablabla...

Dulu mereka sanggup guling2 atas jalan, hasut rakyat jangan bayar PTPTN sebab itu sepatutnya tanggung jawab kerajaan...

Kemuncaknya dalam MANIFESTO mereka kata bayaran akan dituntut jika gaji mencecah RM4000. Ramai anak2 muda yang terpesona. Maklumlah hutang PTPTN ini membelengu mereka dengan bermacam2 ugutan dan akhirnya mereka disenarai hitamkan untuk ke luar negara...

TAPI...

Kini bila mereka berkuasa, mereka bukan setakat membuat PUSINGAN U, bukan juga PUSINGAN 360° malah jauh lebih teruk dari PUSINGAN 720°.

Kalau dulu cuma di senarai hitamkan, kini mereka bakal diugut dengan sekatan memperbaharu Lesen Memandu dan Cukai Jalan pula.

Jika sekatan ke luar negara mungkin melibatkan sebilangan kecil sahaja yang terjejas. Sekatan Lesen Memandu & Cukai jalan akan melibatkan hampir keseluruhan peminjam PTPTN.

Untuk perbaharu cukai jalan itu sendiri memakan belanja yang besar apatah lagi nanti rakyat akan dipaksa menyelesaikan secara pukal berdasarkan rundingan sepertimana yang dikenakan sekarang untuk ke luar negara.

TAKZIAH Saya Ucapkan kepada Peminjam PTPTN.

#ambebebashutang
 

samad

Fun Poster
Joined
Dec 26, 2005
Messages
888
Reaction score
100
Points
43
betul kalau nak keberkatan hidup, bayarlah hutang ptptn tu. doa minta Allah bantu untuk selesaikan.

janji parti yang jadi kerajaan sekarang memang dengan tujuan menipu rakyat untuk meraih sokongan. siapa tak terliur pendidikan percuma, ptptpn hapus, kos barang murah dan buang gst.

yang berlaku sebaliknya. pendidikan naik harga, sst ternyata tidak turunkan harga barang, ptptn tak hapus, minyak tak murah dan tol tak hapus
 

Ahmad Pintu8_8

Active Member
Joined
Mar 26, 2012
Messages
1,718
Reaction score
49
Points
48
saya dari dulu bayar je ikut schedule..Alhamdulillah nampak jugak berkurang hutangnya..

bab janji orang politik memang tak amik port langsung..

dah ada kajian pun tahap kepercayaan orang awam dengan orang politik ni macam mana.

cukup bulan bayar je la, mula2 rasa berat juga, bila dah biasa..ok je..rela duit tinggal rm50 dalam bank akaun dari hari2 dibelenggu tunggakan hutang..
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,386
Reaction score
64
Points
48


MENTERI Pendidikan, Dr. Maszlee Malik beramah mesra dengan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Sungai Ara, Pulau Pinang ketika melawat sekolah berkenaan. -UTUSAN ONLINE/Safina Ramli
PTPTN perlu beri penjelasan semula - Maszlee


PULAU PINANG 17 Mei - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu memberikan penjelasan semula mengenai cadangan untuk memperkenalkan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat terhadap agensi berkenaan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, apa yang PTPTN kemukakan mengenai cadangan berkenaan adalah hasil daripada maklum balas yang diterima daripada orang awam menerusi tinjauan dalam talian (Konsultasi Rakyat) yang dilaksanakan oleh PTPTN.

“Pihak PTPTN perlu berikan penjelasan (cadangan untuk memperkenalkan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam) bagi mengelakkan berlaku salah faham.

“Ini bukan cadangan daripada PTPTN, tetapi ia adalah pandangan awam menerusi tinjauan dalam talian yang dilakukan oleh PTPTN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Sungai Ara di sini hari ini.

Semalam, PTPTN dilaporkan mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PTPTN, Mastura Mohd Khalid, agensi itu sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan.

Mastura berkata, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.

Sebelum ini, pada 26 Jun, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan sekatan perjalanan terhadap peminjam yang ingkar ditarik balik dan sebanyak 429,945 peminjam PTPTN yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen turut dibatalkan. - UTUSAN ONLINE


http://www.utusan.com.my/berita/poli...emula-1.902706
pandangan awam lak, dlu bkn ke pandangan awam dok sokong mansuh PTPTN. agaknya org awam kesian kat PH, hutang kerajaan terdahulu byk. so bg pandangan suh laksanakan balik sekatan kalo x byr PTPTN :-?:))
 

SeeZ

Active+ Member
Joined
Mar 23, 2010
Messages
3,511
Reaction score
4
Points
38
mujur sebelum PRU14 dulu aku bayar abis PTPTN nih... sbb nakkan diskaun punya pasal... kalau laa aku bengap caya janji hanjing PH pas tuh tk nak byr ptptn nih sbb target hutang lupus... alamatnya menggunung laa hutang tuh.. nak bayar full tkde diskaun lg dah...
samalah dengan den.. dapat jugak 20%..at least kerajaan lepas ada jugak timbangrasa.. tak jadi kerajaan senang la sembang.. sekarang dah pegang, keje blame kerajaan lama.. generate income tak reti...#:-S#:-S
 

nx105

Active Member
Joined
Jan 20, 2009
Messages
1,645
Reaction score
80
Points
48
samalah dengan den.. dapat jugak 20%..at least kerajaan lepas ada jugak timbangrasa.. tak jadi kerajaan senang la sembang.. sekarang dah pegang, keje blame kerajaan lama.. generate income tak reti...#:-S#:-S
dah si PM pun dah tua...idea dah tepu.. cane ekonomi nk naik lg..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register