BTC USD 79,899.5 Gold USD 4,368.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zest.com curi duit dari maybank!

Memang boleh jer simpan log panggilan, tapi masalahnya adik si TT ni dah "mengiyakan" permintaan geng zest tu...

"Mengiyakan" tu dengan kata lain bermaksud adik TT ni membenarkan / bagi duit pada zest tu...

Tapi, how come zest boleh ambik duit ek? Itu yang pelik...

Tapi macam aku pernah dengar pasal zest ni dulu... Lupa la pulak...

mcm nama minuman limau je :))
 
dia orang sudah ada merchand/t sendiri yang diberikan oleh pihak bank melalui permohonan.. dan di sebabkan itu, mereka boleh caj mana2 kad kredit/debit selagi mereka tahu or ada nombor2 yang tertera pada kad tersebut. selain dari itu, kemudahan online sekarang mmg sgt canggih.. pernah dgr tak ttg shopping online? pengusaha hanya perlu buat bayaran tahunan sahaja utk dptkan sistem urusniaga menggunakan mastercard @visa. tapi sekali lagi, mereka memerlukan nombor kad untuk jalankan transaksi tersebut.

Nombor kad anda / beserta last 3digit yang terakhir tu dan butiran diri anda adalah P&C. pihak bank pun tak dibenarkan mendedahkan maklumat pelanggan masing2. tetapi sekiranya ada pihak lain tahu ttg maklumat anda, maka, adalah dicadangkan supaya membuat laporan polis. (sebelum tu perangkap la dulu sykt tu.. amik kaw kaw punyer infomation,. barula polis senang bertindak)

satu lagi ttg boleh refund atau tidak.. jawapan saya ialah YA boleh refund. ini adalah hak pengguna sekiranya kita tidak berpuas hati dgn produk yang ditawarkan kepada kita. kalau mereka tak mahu beri kerjasama.. dont wory.. lapor saja pada agensi yang berkenaan pengguna.

adoi... letih okb nak taip... takpe, okb boleh beri penerangan lanjut berhubung perkara ini sekiranya ada lagi yang request.. untuk pengetahuan, okb pernah satu ketika dulu terlibat dalam menguruskan kes2 sebegini. sekian terima kasih
 
Dah pun terjadi kat aku, skang ni pihak ni boleh senang debit duit dari akaun kite.macam aku kena pihak insuran. bulan2 kene tolak. bile call maybank die cakap tu legal klau nak stop kan kene buat kad baru dan dorang caj rm12.pastu aku cakap klau camni memang lagi ramai la rakyat malaysia diper*****kan.:(scam

boleh yer...aku nak stop aktif auto debit tuk insurans yng tak jadi buat....
cmana aku boleh terpengaruh daa..sdgkan duit pon kering tul..:((:((
 
As-salam,
maaflah kalau aku tersalah post kat thread & tuduh company ni scam,
aku baru balik dari kerja td.
Adik aku mengadu ada orang call dia tawarkan promosi bercuti dengan
harga RM499.

Zest : Hello, boleh saya cakap dengan (nama adik aku)

Adik aku : ye saya..kenapa?

Zest : nama encik terpilih untuk promosi yang kami tawarkan.

Adik aku : Macam mana saya boleh dapat?

Zest : kami dapat no. ni daripada hotel yang encik pernah
menginap,dan kami buat cabutan bertuah..nama encik berjaya di calonkan.

Adik aku : bila masa saya tidur hotel?

Zest : senarai ni sebenarnya dah lama dalam simpanan kami.
kami menawarkan promosi ni (banyaklah ayat2 manis dia citer) ....
..........semua sekali RM499.encik setuju tak dengan tawaran ni?

Adik aku :(dia tengah kerja sebagai mekanik kat proton,keadaan bising dia tak dengar saya apa yang org tu ckp..dia pun mengiakan)Ya.saya setuju.

(dialog kat atas tu tak 100% betul sebab aku tanya adik aku tadi just amek isi penting jer tu)

Balik2 jer check bank tinggal Rm1++ dari Rm 600,pastu check maybank2u..ada debit ke company Zest yang call td.

Pertanyaan Aku pada otai-otai kat sini:

1 . Macam mana by phone jer terus boleh debitkan pembelian?
2 . Betul ke boleh dapat apa yang di beli tu?
3 . Kalau tak nak boleh refund balik tak duit tu?(sebab memang tak nak pun)
4 . Boleh buat repost polis tak kalau tak dapat balik duit?


Aku pun banyak gak terima tawaran macam ni,tapi tak pernah layan.
Cuma adik aku ni jer,baru nk blaja keja lepas abis blaja,dah duit kena tipu macam tu,dah lah gaji permulaan RM700 jer..kena tipu Rm500,apa lagi yang tinggal..~X(~X(

Seriously, aku pun pelik how come wakil syarikat tu called adik ko, then adik ko setuju pastu duit berpindah tangan...

Aku ingat ko pergi Maybank tu n tanya ngan officer dia la, how come duit boleh pindah tangan sedangkan adik ko tak transfer apa-apa... Tanya dulu, macam mana proses tu berlaku... Bab bab duit ni bukannya boleh pandang sebelah mata... Lebih 50% duit adik ko kena kopak kan?

Secondly, aku tak faham soalan no. 2 ko...

Betul ke boleh dapat apa yang di beli tu?

Maksud ko, duit dah pindah tangan maka, adakah adik ko akan dapat percutian seperti mana yang dijanjikan? I don't think so bro...

Soalan yang ketiga, boleh refund ke tak? Untuk soalan ni, kat bawah post ko tu ko ada bagi link zest company, aku tak pasti mana ko dapat link tu, maksud aku, kadang2 orang nak scam ni dia guna nak company lain, or maybe itu betul2 company yang called adik ko... Ko pergi kat link contact us, ko call dia, bagi dia email, and pergi ofis dia, tanya dulu, jangan main serang jer... Selagi ada cara nak reach diorang, ko reach!

Buat report polis? Ini langkah akhir la bagi aku... By the way, mana bukti? Rekod panggilan? Boleh jer buat report, tapi nasihat aku, ko pergi dulu maybank tanya how come duit boleh pindah tangan sedangkan adik ko tak lakukan transfer apa-apa, then reach out company tu dengan segala cara pun...

Kalau dah nampak company tu memang nak scam, baru report!

>> Salah adik ko jugak, napa dia "mengiyakan".... Ada ko tanya kenapa dia "mengiyakan" zest company tu? Kalau dah agak-agak tensen dengan panggilan yang bising2 macam tu, lagi2 pulak dari stranger, letak jer phone tu... Jangan layan... Ok?
 
benda ni berekod.. jangan customer kata yer jer.. itu adalah bukti mengatakan telah mendapat persetujuan dari kita...:D
 
Leh report online lam M2U..huhu auto debit ni yang paling tak suka, huhu
 
report je dulu. mmg takkan ada tindakan pun.
pastu tunjuk salinan report tu kat maybank.
 
main point kat sini..

kad bank yng kuning atau cherry debit tu?..cuba tanya adik kamu tul tul..

biasa org syarikat mcm nie akan main saiko...kelemahannya adalah guna nama kita...next lak akan arah kad debit anda dan suruh sbt nombor...klau no blkg tu sebut sekali mmg akan berlaku tranksasi.
 
boleh yer...aku nak stop aktif auto debit tuk insurans yng tak jadi buat....
cmana aku boleh terpengaruh daa..sdgkan duit pon kering tul..:((:((

memang boleh,tapi kene lupuskan kad yang dorang dah amik detail tu n kite kene apply kad baru.Kite kene caj rm12 untuk kad baru tu.
 
Back
Top
Log in Register