BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hati-hati panggilan dari 03-20719999: Polis

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
KUALA LUMPUR: Jangan percaya jika dihubungi individu tertentu konon anda terbabit dengan kemalangan dan diminta memasukkan wang ke akaun konon untuk menyelesaikan kes.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) tidak pernah berbuat demikian, kata Ketuanya, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain.

Katanya, pihaknya menerima aduan berkaitan panggilan telefon menggunakan nombor 03-20719999, mendakwa dari JSPTKL meminta penerima panggilan datang ke JSPTKL kerana telah terbabit dalam kemalangan.

"Kemudian pemanggil akan mengarahkan penerima panggilan berkenaan untuk memasukkan sejumlah wang bagi menyelesaikan kes kemalangan mereka.

"JSPTKL tidak pernah mengenakan atau meminta apa-apa bayaran untuk diselesaikan berkaitan dengan kemalangan yang berlaku kecuali bayaran untuk salinan dokumen atas permohonan pengadu," katanya dalam satu kenyataan.

Bayaran dokumen itu pula, dikeluarkan resit rasmi kerajaan.

Nadzri berkata, jika orang awam terbabit dalam kemalangan dan membuat laporan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, panggilan hanya akan dibuat oleh Pegawai Penyiasat sekiranya pihak kedua tidak tampil membuat laporan kemalangan selepas tempoh 24 jam.

"Orang ramai dinasihatkan agar menghubungi JSPTKL sekiranya menerima panggilan telefon dari individu yang menyamar sebagai Pegawai Polis Trafik dari nombor 03-20719999.

"Dapatkan juga nama dan nombor badan pegawai polis yang membuat panggilan dan nombor laporan kemalangan yang terbabit, kemudian sahkan semula dengan JSPTKL.

"Jangan sesekali memasukkan atau memberi wang untuk membuat sebarang pembayaran berhubung kes kemalangan trafik," katanya.

Beliau turut meminta orang awam tampil membuat laporan jika ada menerima panggilan palsu berkenaan.

http://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/07/306353/hati-hati-panggilan-dari-03-20719999-polis
 
Last edited:
NT190616TF002.jpg.transformed.jpg

KETUA Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL), Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Terlebih kreatif bab nak menipu orang...
Semoga ditimpa bala la penipu macam ni...
Ambik kesempatan atas kesusahan org
 
jenayah komersial sejak akhir2 ni makin menjadi jadi
 
nombor dh ada, xleh cari ke sapa yg register pkai no tu.. tu la penipu dia.. :-?
 
Takut guna spoofing, tak register no atas nama sesapa. Sama macam kes maybank tu
 
nombor dh ada, xleh cari ke sapa yg register pkai no tu.. tu la penipu dia.. :-?

mana boleh..dia guna teknik sprooff...

no dia boleh tukar no sapa sapa jer
 
No fon skrg bole pki yg bangla selalu pki pny
Sim rm 1 je, dulu sim rm 0.50
 
satu soalan b0do. tak boleh ke tangkap siapa pemilik nombor tersebut ? tangkap pemilik, potong nombor.

Atau melalaui no akaun kemana duit tu dimasukan..:-?:-?:-?
 
Back
Top
Log in Register