BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sapa pernah dapat call dari no 0328562196 & 0147270746??

maxbiz77

Active+ Member
Messages
3,665
Joined
Jan 4, 2007
Messages
3,665
Reaction score
9
Points
25
Tadi aku dpt call dr nombor kat atas tu. Dia kata dia dari consumer dept utk master/visa card. Dia kata aku perlu aktifkan pembatalan pemotongan untuk syarikat insurans. Nak aktifkan pembatalan ni.. akan di caj sekali sahaja RM980.

Aku takmau la. Pelik.. patutnya kalau nak aktifkan ja.. free ja la kan service ni.. dari master/visa card plak tu. So aku berkeras takmau.. dia kata kalau mcm tu dia kena bagi nama aku ke admin utk tindakan lanjut. Dia tamatkan panggilan.

seminit pastu tu no yg 014 tu call plak.. pompuan. ckp bukan main kasar. dia kata sbb encik takmau terima offer panggilan pertama tadi.. dia kata pihak dia akan buat potongan setiap bulan RM980 selama-lamanya utk acc aku & wife aku. Aku tanya utk apa.. dia kata sbb encik tolak offer yg mula-mula tadi tu la. Aku tanya hangpa nak tolak acc credit card aku ka?.. dia kata kami dpt trace semua acc simpanan & semasa setiap pelanggan. Dia kata jgn menyesal! terus letak talifon. hahahaha. Dia bengang la tu!

Aku mmg cam suara pompuan ni.. thn lepas pun pompuan ni gak call kata aku ada tunggakan insurans coverage utk credit card protection.

Aku call maybank.. dia kata tu cubaan utk scam. Seronok pompuan ni makan duit haram noo!
 
bunyi dah macam scammer, tok sah percaya la..apa pasal nak paksa penaggan, kalau dia call balik hang maki je
 
Back
Top
Log in Register