ada 2 jenis:
1) Time Sharing
- Time sharing di Malaysia tidak lagi berapa aktif sejak KPDNKK dan Akta Jualan Langsung tidak menyokong penjualan TimeShare program di Malaysia. 2 hotel yang ligat menjual time sharing program; Swiss bawah SGI Vacation Club Berhad dan Berjaya Vacation Club Berhad dan Palace Vacation Club Berhad dan Aseania Resort Berhad dan Awana Vacation Resort Berhad dan Legend Worldwide Holidays Berhad dan Tanco Resort Berhad dan Sunway International Vacation Club Berhad . Ada lagi beberapa syarikat lagi.
Nama pun time sharing - maka membership Time Share ni selalunya sampai 30 tahun. Setahun bermula dari RMxxx - RMxxxx. Setiap ahli layak untuk mendapatkan penginapan percuma sehingga 10 malam untuk tempoh satu tahun.
Sebabkan time share, syarikat time share akan menempah katakan 5 bilik pada sebuah hotel untuk setahun. Maka 5 bilik ini sajalah yang akan dikongsi untuk seramai-ramai member time share. Sebab tu kalau join time share, nak habiskan 10 malam pun bukan senang, sebab selalu penuh.
Bila ramai komplen, agensi kerajaan yang memantau mula bertegas. Kalau dpt peluang terutama golongan yang kurang berkemampuan, pergilah dengar ceramah dan bulatkan hati supaya tak akan jatuh dalam perangkap untuk membeli program tersebut. Cukup 45 minit, mohon diri dan mintalah voucher. Bukan senang nak tebus voucher ni, selalunya ada tempoh sehingga 3 bulan. Cubalah call dan book juga. Minta operator pilihkan tarikh yang kosong.
2. Membership Hotel
- Program ini dijalankan dengan koloborasi hotel chain terkemuka. Antara yang popular di Malaysia, Rennaisance KL, Marriot Putrajaya, Starwood Group, Sheraton Imperial KL, Ramada Hotel Plaza Melaka, Equatorial Melaka, Avillion PD dan Admiral Cove dan pelbagai lagi.
-Harga setahun tak mahal dalam lingkungan 500-700. Kebaikan program adalah anda akan dapat satu malam penginapan percuma dan selalunya bilik paling bawah, Deluxe atau Superior, Voucher Makan buffet lunch dan dinner untuk 2 orang atau boleh ditukar dengan makan a-la carte sehingga RM200 dan voucher ini selalunya ada 2, 1 kek besday, voucher RM200 boleh pakai untuk tidur atau makan, voucher SPA, kad ahli di mana boleh digunakan dan mendapatkan diskaun sebanyak 50% jika makan berdua, 33% makan bertiga dan 20% makan berempat.