BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yusuf Rawa - Dalam Kenangan

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
360
Points
131
Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi (Jawi: حاج يوسف بن حاج عبدالله ار-راوي) atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa (6 Mei 1922 - 28 April 2000) dikenali sebagai tokoh gerakan Islam dan bekas Yang Di-Pertua atau Presiden PAS.

Kehidupan Awal

Beliau dikagumi kerana mindanya yang tajam boleh mengupas segala persoalan walau pun ia rumit bagi sesetengah pihak. Beliau dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Beliau pada mulanya belajar di Sekolah Melayu di Jalan Carnavon kemudian berpindah ke Sekolah Charausta. Di peringkat menengah pula beliau memasuki sekolah Inggeris iaitu Goument English School kemudian sambung ke Penang Free School sehingga memperolehi Junior Cambridge.

Melihat kecerdikannya dalam bahasa Inggeris, lantas membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah. Di sana, ternyata beliau tidak menghampakan impian keluarganya apabila cemerlang memperolehi Diploma Thaqasur Al-Deeni dari Maadul Falah. Selepas memperolehi semua impian tersebut beliau kembali ke tanah air membantu meningkatkan perniagaan ayahnya sebelum melibatkan secara langsung dalam politik.

Politik

Penglibatan beliau dalam politik bermula selepas menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menggantikan Ustaz Ahmad Azzam yang berpindah tempat.

Semenjak memegang amanah itu Allahyarham diberi kepercayaan menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat walaupun setelah melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri. Kepimpinan PAS di bawah Dato' Asri Muda, beliau sekali lagi diberi mandat sebagai Timbalan Yang DiPertua.

Semasa pemilihan jawatankuasa baru PAS pada 1982, beliau sebulat suara telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Asri Muda semasa muktamar pada 23 Oktober 1982 yang mendesar perubahan dalaman. Ketika memegang peranan besar itu selama beberapa tahun pada penghujung 1980-an beliau menyerahkan tugasan besar kepada timbalannya, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.

Meninggal Dunia

Semenjak itu, kesihatan beliau kurang memuaskan sehinggalah beliau beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital sehingga menghembuskan nafasnya terakhir pada 28 April 2000 kira-kira jam 7.15 pagi. Allahyarham meninggalkan seorang balu, 11 orang anak, enam perempuan dan lima lelaki serta 30 cucu hasil perkongsian hidup bersama Hajah Kalsom Ali.


Sumbangan


Beliau juga pernah menjadi wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menjadi duta Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki ketika penggabungan PAS dalam Barisan Nasional (BN) pada pertengahan tahun 1970-an.
 
tak sempat lihat perjuang beliau - al fatihah
 
orang PAS sekarang nie tahu ke... buku pasal sejarah PAS pun tak ada rasanya. kalu ada pun, susah nak dapat.
 
gambar ada? nama mmg selalu dgr tp syg gambar tak pernah hamba tgk. Arwah adalah antara org yg mengerakkan usaha bergabung dlm BN rasanya.
 
ayah kpd Dr. Mujahid Yusuf Rawa ke?
 
Ya betul....

Dulu2 aku aku pernah di bagitau yg muktamar agung PAS di buat cuma d rumah ahli Dan kenalan rapat.. Sekarang dah hebat....
 
Back
Top
Log in Register