combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
YSIJ Sumbang 23 Televisyen Pintar Kepada SMAKJ Kluang
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 23 unit televisyen pintar kepada Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor di Kluang, dalam usaha memperkasakan pembelajaran digital dan meningkatkan kualiti pengajaran sekolah di negeri berkenaan.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada 100 unit televisyen itu yang diberikan menerusi inisiatif Bantuan Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.
Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Johor Abu Bakar Mohamed Salleh turut menzahirkan penghargaan kepada YSIJ atas sumbangan itu yang dapat membantu memperkasakan pembelajaran agama seiring dengan kemajuan teknologi.
“Dengan penggunaan Smart TV daripada YSIJ ini pastinya memperkukuh lagi usaha kita untuk melahirkan generasi bangsa Johor, yang mempunyai pegangan agama tinggi serta celik teknologi,” katanya dalam hantaran itu.