BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang 100 Unit Televisyen Pintar Kepada Sekolah Agama

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
28dbaa00d240687b84d3eb35aca50a3069295582897f5

c9de2b7bcc878e3357e9282f3e2b67d7692954f1b7aa1

Kredit : Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 100 unit televisyen pintar kepada sekolah-sekolah agama di seluruh negeri itu sebagai usaha memperkasa pembelajaran digital serta meningkatkan kualiti pengajaran di institusi pendidikan berkenaan.

Pemegang Amanah Urusan YSIJ Datuk Avinderjit Singh berkata sumbangan itu diharap dapat memberi manfaat besar kepada para pelajar dan tenaga pengajar dalam menerapkan kaedah pembelajaran yang lebih interaktif, moden dan berkesan.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan YSIJ dalam memastikan setiap institusi pendidikan menerima kemudahan teknologi yang setanding dengan keperluan semasa.

“Ia membuka ruang kepada pengalaman pembelajaran yang lebih dinamik dan inklusif,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di Sekolah Menengah Tinggi Arab (Maahad Johor) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Nasri Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian.

Sementara itu, Mohd Fared merakamkan ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Seri Paduka Baginda atas kurniaan sumbangan melalui YSIJ, serta menyifatkan keprihatinan dan kepekaan baginda terhadap sekolah-sekolah agama di Johor amat bermakna, khususnya untuk warga pendidik dan pelajar.

 
Back
Top
Log in Register