BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Pahang Rasmi Sekolah Rendah Agama Islam Negeri Pertama Di Cameron Highlands

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Sultan Pahang Rasmi Sekolah Rendah Agama Islam Negeri Pertama Di Cameron Highlands​

57f9b19fbcdf2d374f045f3bcd3103446a27a03d7c876

26a7fb5ab88c5e989446520226b4b7066a27a04c8c9b3

65d0d7cae08424221077dfd637023a136a27a05c7c2ea

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Sekolah Rendah Agama Islam Negeri (SRAIN) di Tanah Rata hari ini.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan perasmian Sekolah Rendah Agama Islam Negeri (SRAIN) Pahang yang pertama di bangunan sementara di Golden Hill, Tanah Rata, di sini.

Keberangkatan tiba baginda pada 10.20 pagi itu diiringi Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Al-Sultan Abdullah berkenan mendengar taklimat berkaitan penubuhan dan perancangan sekolah berkenaan serta menyampaikan cek cura sumbangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, iaitu pembelian van yang bernilai RM170,402, sumbangan pembelian papan pintar RM11,000 daripada Bank Rakyat dan 14 unit tablet daripada wakalah zakat Tablet Genius Sdn Bhd.

Sementara itu, Ahmad Khirrizal ketika ditemui media berkata pihaknya dalam perancangan untuk menambah SRAIN di setiap daerah dalam negeri ini.

“Memang kita ada perancangan untuk mewujudkan sekolah ini di daerah lain. Mungkin selepas ini kita akan membuka sekolah ini di daerah Kuantan, dan seterusnya ke daerah lain.

“Kita sasar setiap daerah ada, diwujudkan Sekolah Rendah Agama Islam Negeri Pahang ini yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Pahang,” katanya.

Mengulas mengenai titah baginda ketika sesi taklimat berhubung hasrat untuk memasukkan sukatan pelajaran bahasa Cina ke dalam sekolah tersebut, Ahmad Khirrizal berkata JAIP akan mengusahakan perkara itu.

“Pihak jabatan akan cuba merealisasikan titah Kebawah Duli Tuanku tersebut, dan seterusnya kita akan cari sumber tenaga pengajar yang berkelayakan untuk ditempatkan di sekolah ini, insya-Allah," katanya.

 
Back
Top
Log in Register