BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JIM Pahang Tahan 47 Warga Asing Di Cameron Highlands

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JIM Pahang Tahan 47 Warga Asing Di Cameron Highlands​

4cf507cec5bed371a1d6ef95232d7eed698c35596fbb5


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menahan 47 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan di sekitar daerah Cameron Highlands pada Rabu lepas.

JIM Pahang menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan operasi itu dijalankan hasil maklumat dan aduan awam berhubung kehadiran warga asing yang disyaki tinggal atau bekerja di negara ini secara tidak sah.

Sebanyak 57 individu telah diperiksa sepanjang operasi kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Kesemua 47 tahanan direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 sebelum ditempatkan di Depot Imigresen Kemayan bagi membantu siasatan lanjut," menurut hantaran itu.

Hantaran tersebut memaklumkan operasi berkenaan melibatkan 17 pegawai Bahagian Penguatkuasaan JIM Pahang dengan kerjasama 12 pegawai Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP).

JIM Pahang turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran pendatang asing di lokaliti masing-masing bagi membantu pihak berkuasa membanteras isu terbabit di negeri ini.

"Tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pendatang asing serta mana-mana pihak yang menggaji atau memberikan perlindungan kepada mereka," menurut hantaran itu.

 
Back
Top
Log in Register