combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
JIM Tahan 24 Warga Asing Di Kuching Dan Kota Samarahan
Kredit : FB Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak
Jabatan Imigresen (JIM) Sarawak menahan 24 warga asing dalam Operasi Minyak, Operasi Selera dan Operasi Mahir di tujuh lokasi di Kuching dan Kota Samarahan, semalam.
JIM Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi selama enam jam bermula 9 pagi itu dilaksanakan susulan aduan awam serta risikan jabatan.
Pemeriksaan tertumpu pada bengkel jentera berat di Kampung Semeba dan Kampung Sudat di Kuching, kedai makan serta premis disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian di Muara Tuang, Kota Samarahan.
“Selain itu, premis terlibat ialah beberapa kedai besi buruk dan barangan terpakai di Kota Samarahan bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang imigresen negara.
“Warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” menurut kenyataan itu.
JIM Sarawak memaklumkan satu saman saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.
Jabatan itu menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin atau sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.