BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YSIJ Sumbang 1,000 Bakul Makanan Kepada Rakyat Pontian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
4d776f58f823671b68d48ed49e8d8aeb68c026a1a7101

3268ae5858472bae35d3eb4061302ad768c026b57b398

bd453de0562f9137abda09f29ba90cc268c026ca18cae

3da92e8c655d3a0ee2d662df5383a4e068c02730d5baf

2ac598adcb4f1165be345f004872c09568c0281f3a953

Kredit: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) hari ini menyumbangkan 1,000 bakul makanan kepada keluarga komuniti Kukup dan Benut di daerah ini sebagai sebahagian usaha kebajikan dan kemasyarakatan.

Menurut hantaran di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup Datuk Jefridin Atan serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian Haziq Abdul Latiff sebelum diagihkan kepada penerima.

Majlis penyerahan berlangsung di Dewan Homestay Kampung Parit Puteri Menangis bagi komuniti Kukup, manakala bagi komuniti Benut diadakan di Dewan Terbuka Kompleks Penghulu Mukim Serkat.

Setiap bakul makanan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak bagi membantu meringankan beban rakyat kurang berkemampuan.

 
Back
Top
Log in Register