BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YSIJ Sumbang 1,000 Bakul Makanan Bersempena Dengan Aidiladha

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

YSIJ Sumbang 1,000 Bakul Makanan Bersempena Dengan Aidiladha​

928fce67713484cffe8e7c6b4d759d526a1042371f804

Kredit: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) hari ini menyumbangkan 1,000 bakul makanan menerusi Program Sumbangan Kasih Aidiladha YSIJ 2026 kepada golongan memerlukan di daerah ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu disampaikan oleh Pemegang Amanah Urusan YSIJ Datuk Avinderjit Singh kepada Penghulu Kanan Pejabat Daerah Johor Bahru Mohamad Ali Abdul Wahab selaku wakil rasmi Pegawai Daerah serta Ketua Kampung Pasir Gudang Baru Daud Saad, sebelum diagihkan kepada penerima.

Majlis yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Pasir Gudang Baru itu melibatkan pengagihan 300 bakul makanan kepada komuniti kawasan berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian.

Dalam pada itu, 700 bakul makanan lagi disumbangkan kepada Orang Pekak Islam Johor Bahru dan komuniti Stulang di Dewan Serbaguna Majidee, Kampung Dato Sulaiman Menteri.

Majlis serahan sumbangan disampaikan oleh Mohd Anizam kepada Pegawai Daerah Johor Bahru Masni Wakiman bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang Andrew Chen Kah Eng.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, YSIJ memaklumkan telah mengagihkan 1,000 bakul makanan kepada komuniti Bukit Permai, Kulai semalam, bersempena dengan Aidiladha yang bakal menjelang.

Majlis serahan disempurnakan oleh Avinderjit dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor merangkap ADUN Bukit Permai.

 
Back
Top
Log in Register