BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YSIJ Sumbang Keperluan Asas, Peralatan Elektrik Kepada 24 Keluarga Mangsa Ribut

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
95602d81d2ff1508452730b6943bd80869f9bab26d0db

528b933f89a94ab18116c048878c6c6469f9bad7e44e8

Kredit: FB - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyalurkan sumbangan barangan keperluan asas dan peralatan elektrik kepada 24 keluarga mangsa ribut di Pontian yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Melayu Raya.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan berkenaan bertujuan meringankan beban mangsa dengan peralatan elektrik yang disumbangkan seperti periuk nasi dan cerek.

Sumbangan disampaikan oleh Pemegang Amanah Urusan YSIJ Datuk Avinderjit Singh dan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian kepada Pegawai Daerah Pontian Kamalludin Jamal sebelum disampaikan kepada mangsa.

“YSIJ turut menyumbang bantuan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada Madrasah Tahfiz Al-Quran Azizurrahim yang turut terkesan dalam kejadian pada 3 Mei (Ahad) lepas. Datuk Avinderjit dan Mohd Anizam turut meluangkan masa bertanya khabar dan meninjau keadaan mangsa di PPS,” menurut hantaran itu hari ini.

Sementara itu, menerusi hantaran berkenaan, seorang mangsa Muhammad Zurin Mohd Idris berkata bencana itu merupakan mimpi ngeri yang sukar dilupakan dalam sekelip mata dengan ribut dan angin kuat menyebabkan mereka tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda, namun bersyukur kerana terselamat.

“Kejadian berlaku amat pantas, ketika itu saya hanya fikir untuk selamatkan isteri dan anak yang baru berusia tiga bulan,” kata Muhammad Zurin.

 
Back
Top
Log in Register