BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah Keluarga Dr Sim Terjejas Akibat Ribut

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,163
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,163
Reaction score
346
Points
141

Rumah Keluarga Dr Sim Terjejas Akibat Ribut​

52f814ebc45354ffa96013d2adc746176a904e2859867

kredit: FB Dr Sim Kui Hian

Bumbung rumah keluarga Timbalan Premier Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di Kuching petang tadi.

Dalam hantaran menerusi Facebook, Dr Sim berkata ketika kejadian beliau berada di Bintulu dan bersyukur semua yang berada di rumah berkenaan dalam keadaan selamat.

Beliau berkata beberapa rumah di kawasan sekitar, termasuk sebuah pusat beli-belah turut terjejas akibat ribut berkenaan.

“Terima kasih kepada semua yang menghantar mesej berhubung bumbung rumah keluarga saya yang diterbangkan ribut,” menurut hantaran itu.

Beliau turut berterima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sarawak Energy serta agensi lain atas bantuan dan tindakan pantas.

 
Back
Top
Log in Register