BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YSIJ Bantu Pesakit Kulit Kronik, Salur Bantuan Tunai Buat Muhammad Hazreel

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

YSIJ Bantu Pesakit Kulit Kronik, Salur Bantuan Tunai Buat Muhammad Hazreel​

9cda0fe39bd4dbe7191b17b6a888e1416a8576f65c8a9

5a47f345b3f124239955523d874696b86a857708396fe

--kredit FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyalurkan sumbangan bagi membantu sara hidup Muhammad Hazreel Mikhail Hizar, 15, yang menghidap penyakit kulit kronik Epidermolysis Bullosa (BE) sejak lahir.

Sumbangan disampaikan menerusi program Ziarah Kasih di kediaman ibu Muhammad Hazreel, Noor Halimaton Hashim di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Tiram di sini semalam.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, penyakit dihidapi Muhammad Hazreel memerlukan penjagaan rapi, termasuk proses mencuci luka bagi mengelakkan risiko jangkitan kuman, selain memerlukan persekitaran yang sentiasa sejuk dan berhawa dingin.

Keadaan itu turut memberi cabaran kepada Noor Halimaton yang merupakan ibu tunggal dan perlu menanggung tiga anak, selain tidak boleh keluar bekerja tetap kerana perlu menjaga Muhammad Hazreel setiap masa.

"Sumbangan ini datang tepat pada waktunya buat kami sekeluarga dan saya amat bersyukur atas keprihatinan yang diberikan oleh YSIJ kepada adik Hazreel," katanya kepada Royal Press Office (RPO) seperti yang dimuat naik di laman Facebook berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register