BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKNS Salur RM300,000 Ringankan Beban Kira-kira 100 Pesakit Kanser IKN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

PKNS Salur RM300,000 Ringankan Beban Kira-kira 100 Pesakit Kanser IKN​

ba4673751448ec4936dd2985689f4cab6a8ff06faa68f

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Sapna Turmidi (tiga, kanan) menyerahkan cek cura kepada Pengarah Institut Kanser Negara (IKN) Dr Nur Aslina Bahakodin (empat, kiri) bagi membantu meringankan urusan perubatan antara 50 hingga 100 pesakit kanser yang sedang menerima rawatan di IKN.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyalurkan RM300,000 bagi membantu meringankan urusan perubatan antara 50 hingga 100 pesakit yang sedang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN).

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat PKNS Sapna Turmidi berkata penganjuran program itu membawa mesej bahawa sumbangan kepada masyarakat tidak hanya dinilai melalui bantuan berbentuk kewangan, malah merangkumi sokongan moral, keprihatinan dan kesediaan untuk mendampingi mereka yang sedang melalui tempoh sukar.

"Bagi PKNS, kami berharap kehadiran kami di sini bukan sekadar membawa sumbangan tetapi juga membawa sedikit kekuatan, semangat dan harapan kepada pesakit serta keluarga yang sedang melalui saat-saat mencabar.

"Kami mungkin tidak mampu memahami sepenuhnya apa yang mereka lalui namun kami mahu mereka tahu bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjuangan ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek cura kepada Pengarah IKN Dr Nur Aslina Bahakodin di sini hari ini.

Sapna berkata pemergian seorang petugas PKNS yang menghidap glioma hanya empat bulan selepas didiagnosis telah mencetuskan sumbangan pertama agensi itu kepada IKN.

Beliau berkata pengalaman kehilangan petugas itu menyedarkan pihaknya tentang cabaran besar yang dilalui pesakit kanser dan keluarga mereka.

"Petugas itu didiagnosis Februari lepas dan empat bulan kemudian meninggal dunia di IKN. Berikutan itu, PKNS terpanggil untuk memberikan sumbangan kepada IKN," katanya.

Sapna yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS berkata bantuan itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat di bawah wakalah zakat menerusi kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Beliau berkata sumbangan berkenaan dikhususkan kepada pesakit kanser Islam yang layak di bawah kategori asnaf al-Gharimin.

 
Back
Top
Log in Register