BTC USD 76,366.4 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Patung Wayang Kulit Muhammad Airell Amsyar Sedia Tembusi Pasaran Dunia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

Patung Wayang Kulit Muhammad Airell Amsyar Sedia Tembusi Pasaran Dunia​

56e907db6684d42260caa396e32caaaf6aa64acad0ace

Pemuda berusia 19 tahun Muhammad Airell Amsyar Anuar dari Kampung Banggol, Pak Esah menunjukkan hasil seni berupa patung wayang kulit yang dihasilkannya. Muhammad Airell Amsyar mula berkecimpung dalam seni pembuatan patung wayang kulit sejak kecil dan kini mampu menghasilkan pelbagai karakter patung wayang kulit. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Minat mendalam terhadap persembahan seni wayang kulit sejak kecil mendorong Muhammad Airell Amsyar Anuar, 19, menghasilkan pelbagai karakter patung wayang kulit.

Anak bongsu daripada tiga beradik dari Kampung Banggol Pak Esah itu berkata beliau mula berjinak-jinak menghasilkan patung wayang kulit ketika masih bersekolah sebelum mula menerima tempahan pada usia 15 tahun.

Beliau berkata bagi menghasilkan corak pada patung wayang kulit, beliau menggunakan kira-kira 20 jenis paku yang ditempah khas seperti kuku, budu, Siam dua, bunga Jawa dan bunga Bismillah untuk membentuk corak.

"Antara patung yang mendapat permintaan ialah 'Seri Rama', 'Seri Dewi', 'Wok Long' dan 'Pok Dogol', dengan harga dijual antara RM150 hingga RM700.

"Setakat ini saya mendapat tempahan dari seluruh negara. Ada yang tempah patung wayang kulit ini untuk digunakan dalam persembahan wayang kulit dan ada juga yang menjadikannya sebagai perhiasan mahupun sekadar hobi," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Banggol Pak Esah di sini baru-baru ini.

Muhammad Airell Amsyar berkata tempoh untuk menyiapkan patung bergantung kepada saiz dan kerumitan reka bentuk, dengan tempoh paling singkat kira-kira dua hari manakala paling lama boleh mencecah seminggu.

Beliau berkata proses menghasilkan patung wayang kulit bermula dengan penyediaan kulit lembu atau kambing yang perlu dijemur kira-kira seminggu, namun kini lebih banyak membeli kulit yang sudah siap diproses bagi menjimatkan masa.

"Pelanggan biasanya memberikan gambar atau karikatur watak yang dikehendaki sebelum gambar itu disalin dan ditekap pada kulit bagi memudahkan proses membentuk dan menebuk.

 
Back
Top
Log in Register