combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Papa Zola The Movie Tembusi Pasaran Asia Pasifik, Timur Tengah
Kredit: Animonsta Studio
Filem animasi terbitan Monsta, “Papa Zola The Movie” mencipta fenomena luar biasa apabila menembusi pasaran Asia Pasifik dan Timur Tengah pada September ini selepas menakluk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.
Monsta memaklumkan filem berkenaan akan memulakan tayangan di Korea Selatan pada 2 Sept, diikuti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait pada 23 Sept, selain memasuki pawagam di Australia, New Zealand dan India.
Pencapaian itu mencatat satu lagi sejarah baharu apabila Papa Zola The Movie menjadi filem animasi Malaysia dengan edaran pawagam paling meluas di peringkat antarabangsa, sekali gus menunjukkan kemampuan industri animasi Malaysia yang berdiri sebaris dengan filem antarabangsa.
"Kejayaan membawa filem animasi itu ke lebih banyak negara menyusul selepas ia meraih kutipan pecah panggung melebihi RM69 juta dengan lebih 4.5 juta penonton di Asia Tenggara, menjadikannya filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi dalam sejarah Malaysia," menurut Monsta dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Pemasaran Monsta, Faiz Zainal Aabidin berkata kejayaan berkenaan mencerminkan keyakinan rakan pengedar antarabangsa terhadap kualiti kandungan animasi Malaysia.
"Setiap pasaran baharu yang menerima Papa Zola The Movie adalah satu pengiktirafan terhadap kemampuan karya kreatif tempatan untuk bersaing di peringkat global.
"Kami amat bersyukur dengan sokongan penonton dan kepercayaan yang diberikan oleh rakan-rakan pengedar antarabangsa. Ia menjadi pemangkin untuk kami terus menghasilkan karya bertaraf dunia yang dekat di hati penonton," katanya.
Momentum filem itu akan diteruskan menerusi Papa Pipi Series iaitu siri animasi baharu yang menampilkan Papa Zola, Mama Zila dan Pipi Zola dalam lebih banyak kisah kekeluargaan yang dekat dengan kehidupan seharian.
Siri itu bakal menemui penonton melalui platform penstriman Netflix dan Monsta Network (YouTube) menjelang penghujung tahun ini.