BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IJN Dinobat Pusat Kecemerlangan Latihan Penjagaan Aorta Asia-Pasifik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

IJN Dinobat Pusat Kecemerlangan Latihan Penjagaan Aorta Asia-Pasifik​

10145d4e3f079b9a41fea28a0df6787a6a71bb2228c6c

3179845152fbf31661160160f31bf03e6a71bb30b2d98

8132b09b6be6cebaf23df84af2bafd316a71bb3f4f618

Kredit: Institut Jantung Negara (IJN)

Institut Jantung Negara (IJN) bekerjasama dengan Artivion Malaysia Sdn Bhd bagi memperkukuh latihan serantau dan perkongsian ilmu dalam penjagaan aorta menerusi penubuhan Pusat Kecemerlangan Latihan Penjagaan Aorta Asia-Pasifik.

Menerusi kerjasama itu, IJN berperanan sebagai platform serantau bagi golongan profesional penjagaan kesihatan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran prosedur dalam pengurusan dan rawatan berkaitan aorta.

IJN dalam kenyataan memaklumkan kerjasama itu akan memperkenalkan Aortic Care Essential (ACE), yang memberikan peluang kepada golongan profesional penjagaan kesihatan tempatan dan antarabangsa untuk menyaksikan prosedur aorta, mempelajari prosedur pembedahan lanjutan serta mendapatkan pandangan praktikal daripada pasukan klinikal IJN yang berpengalaman.

“Sesi latihan akan dijalankan di IJN, yang merangkumi demonstrasi prosedur melibatkan peranti perubatan aorta Artivion serta strategi menangani cabaran berkaitan prosedur berkenaan.

“Artivion juga akan menyediakan latihan produk bagi menyokong penggunaan teknologinya secara selamat dan berkesan dalam amalan klinikal,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib berkata kerjasama itu mencerminkan kekuatan keupayaan klinikal IJN, serta peranan institusi itu yang semakin berkembang dalam memajukan pendidikan kardiovaskular khusus atau lanjutan di seluruh rantau ini.

“Pengiktirafan sebagai Pusat Kecemerlangan Latihan Penjagaan Aorta Asia-Pasifik satu pengiktirafan penting terhadap kepakaran, kemudahan dan pengalaman IJN dalam menguruskan aorta yang kompleks.

“Melalui kerjasama itu, IJN berpeluang berkongsi pengetahuan klinikalnya dengan golongan profesional penjagaan kesihatan di seluruh rantau ini termasuk Malaysia, sekali gus menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja perubatan berkemahiran tinggi, yang mampu menyediakan penjagaan aorta yang selamat dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata penyakit aorta, yang menjejaskan arteri utama dalam badan dan boleh mengancam nyawa sekiranya tidak didiagnosis dan dirawat segera, manakala rawatannya memerlukan kepakaran klinikal lanjutan, teknologi perubatan khusus serta kerjasama rapat pelbagai disiplin.

 
Back
Top
Log in Register