BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IJN Raih Pengiktirafan Antarabangsa Sebagai Pusat Kardiologi Sukan Bertauliah Di Asia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,703
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,703
Reaction score
97
Points
80
a563b32d91db888ced0e0fb09857907d69e069e10d25c

e48c8b5418329e07e06b98127703175264bfd8f958141

Kredit: IJN

Institut Jantung Negara (IJN) mencatat pencapaian penting pada peringkat antarabangsa apabila perkhidmatan Kardiologi Sukan di institusi itu menerima pentauliahan daripada European Association of Preventive Cardiology (EAPC) , sekali gus muncul sebagai pusat tunggal di Malaysia dan rantau Asia yang menerima pengiktirafan berprestij berkenaan.

IJN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pengiktirafan itu diberikan kepada institusi yang memenuhi piawaian ketat Eropah dalam pencegahan, diagnosis dan pengurusan penyakit kardiovaskular dalam kalangan atlet serta individu yang aktif secara fizikal.

“Pengiktirafan ini meletakkan IJN dalam kalangan kumpulan pusat terpilih pada peringkat global, serta menempatkan Malaysia di barisan hadapan dalam kardiologi sukan, khususnya di Asia,” menurut kenyataan itu.

Data antarabangsa menganggarkan kematian jantung mengejut (SCD) dalam kalangan atlet berlaku kira-kira satu dalam 40,000 hingga satu dalam 80,000 atlet setiap tahun, lazimnya melibatkan individu yang mempunyai penyakit kardiovaskular yang tidak didiagnosis sebelum ini.

“Walaupun jarang berlaku, kejadian ini memberikan kesan besar, dan pentingnya menjalani pemeriksaan awal serta penilaian risiko yang bersesuaian,” menurut kenyataan itu.

Menurut IJN, acara maraton, triatlon, kejohanan berbasikal dan kecergasan kompetitif yang semakin banyak dianjurkan mendorong kemunculan kardiologi sukan sebagai subkepakaran khusus, yang menumpukan kepada keselamatan penyertaan serta kesihatan kardiovaskular jangka panjang, selaras dengan trend di Malaysia dan rantau ASEAN.

“Lebih separuh rakyat Malaysia (kira-kira 52 peratus) menyertai aktiviti sukan, senaman atau rekreasi fizikal, dengan semakin ramai beralih kepada aktiviti berintensiti tinggi dan ketahanan. Peralihan ini jelas melalui sambutan menggalakkan untuk Kuala Lumpur Marathon mislanya, yang menarik hampir 36,000 peserta setiap tahun,” menurut kenyataan itu.

Penyertaan dalam acara sukan di seluruh ASEAN terus menyaksikan peningkatan, dan disokong dasar negara yang menggalakkan gaya hidup aktif serta minat yang semakin tinggi terhadap sukan kompetitif dan yang menguji ketahanan.

“Tinjaaun tempatan juga menunjukkan bahawa serangan jantung mengejut dalam kalangan atlet rekreasi sering dikaitkan dengan penyakit jantung yang tidak didiagnosis, sekali gus mengukuhkan keperluan pemeriksaan pada peringkat awal dan rawatan khusus,” menurut IJN.

 
Back
Top
Log in Register