BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KSN Ucap Tahniah Kejayaan Unny Sankar Raih Pengiktirafan Antarabangsa

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

KSN Ucap Tahniah Kejayaan Unny Sankar Raih Pengiktirafan Antarabangsa​

c2a31b4de98ad3cda335b1c7af5ed8a76a279bfb5d85f

Kredit: Fb Shamsul Azri bin Abu Bakar

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing Unny Sankar Ravi Sankar susulan menerima pengiktirafan Icons of Change International Awards 2026.

Menerusi hantaran di laman sosial rasminya, Shamsul Azri berkata Unny Sankar melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menerima pengiktirafan berprestij di peringkat antarabangsa itu.

“Kejayaan ini memecah stereotaip dan membuktikan bahawa penjawat awam Malaysia sentiasa berdaya saing, tangkas (agile) dan mampu memacu perubahan di peringkat global.

“Ia (selari) dengan nilai Malaysia MADANI dan Pelan Industrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang menuntut kecemerlangan dan daya cipta berterusan. Syabas dan Tahniah,” katanya.

Pada Sabtu lepas, media melaporkan Unny Sankar  mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menerima Icons of Change International Awards 2026, pengiktirafan global menghargai individu dan institusi yang menyumbang kepada pembangunan mampan.

Anugerah itu disampaikan bersempena dengan Tahun Antarabangsa Sukarelawan bagi Pembangunan Mampan 2026 yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Gerakan Icons of Change™ ialah platform pengiktirafan global utama yang memberi penghormatan kepada Pembuat Perubahan transformatif - individu dan organisasi yang visi, kepimpinan dan intervensi inovatifnya menjana impak boleh diukur merentasi industri dan komuniti di seluruh dunia.

Dalam peranannya ketika ini, Unny Sankar, yang menerima anugerah itu tahun ini, bertanggungjawab memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala antara Malaysia dan China.

Sebelum pelantikannya di Beijing, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen China dan Seksyen Eropah II di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), menyelia perkara berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Malaysia serta hubungan ekonomi dengan China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Kesatuan Eropah dan beberapa negara Eropah Barat terpilih.

 
Back
Top
Log in Register