kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
NADI Pulau Banggi Raih Pengiktirafan Antarabangsa WSIS 2025
Pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi melayari kemudahan internet yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Pekan Baru Pulau Banggi.
Kedudukan Pulau Banggi yang terpencil tidak menghalang Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di pulau terbesar Malaysia itu mencipta nama di peringkat antarabangsa selepas menerima pengiktirafan berprestij daripada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
Timbalan Pengarah Urusan (Pembangunan) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Eneng Faridah Iskandar berkata NADI yang beroperasi di pulau berkenaan menerima pengiktirafan pada Anugerah Sidang Kemuncak Sedunia mengenai Masyarakat Berasaskan Maklumat (WSIS) 2025 bagi kategori Pembinaan Kapasiti.
“Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan dunia terhadap usaha yang dilaksanakan selama ini melalui rangkaian NADI dalam memperkasa komuniti melalui teknologi digital,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata pencapaian itu diharap menjadi pembakar semangat kepada 1,099 NADI di seluruh negara untuk terus berperanan sebagai pusat pendigitalan masyarakat, khususnya dalam menyediakan akses kemudahan digital, latihan serta maklumat berkaitan inisiatif kerajaan kepada penduduk luar bandar.
Eneng Faridah berkata NADI beroperasi berlandaskan lima teras utama iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran serta penyampaian maklumat.
Sementara itu, Pengurus NADI Pulau Banggi, Borhan Resaldi berkata pengiktirafan antarabangsa tersebut menjadi kebanggaan besar kepada komuniti setempat, memandangkan ia merupakan satu-satunya pusat sebaran maklumat yang beroperasi di pulau berkenaan.
Beliau berkata antara program yang mendapat sambutan ialah Tuisyen Rakyat, memandangkan lokasi pusat itu yang strategik berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi, antara sekolah menengah utama di pulau tersebut.
Menurut Borhan, Pulau Banggi mempunyai 16 sekolah termasuk 14 sekolah rendah, sekali gus menjadikan NADI sebagai ruang sokongan pembelajaran tambahan yang penting kepada pelajar di situ.
NADI Pulau Banggi Raih Pengiktirafan Antarabangsa WSIS 2025
NADI, Pulau Banggi, Eneng Faridah Iskandar, Borhan