BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pameran Malaysia Fair In Seoul Buka Peluang Usahawan Tempatan Tembusi Pasaran Korea

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pameran Malaysia Fair In Seoul Buka Peluang Usahawan Tempatan Tembusi Pasaran Korea​

b80ac238f9d2e21aca5c3098dd7e79696a6c5b838a567

f5732ab75c1c73270dc661c8e64976eb6a6c5ba22b3b2

Kredit: Fazbuzz Events dan Media Sdn Bhd

Usahawan dan pemain industri tempatan berpeluang untuk memperluas pasaran produk serta perkhidmatan mereka ke Korea Selatan menerusi penganjuran julung kalinya pameran Malaysia Fair in Seoul pada November ini.

Pengarah Urusan Fazbuzz Events dan Media Sdn Bhd Fazura Azima Ag Sha berkata acara pelbagai sektor itu akan menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan perdagangan, pelancongan, kebudayaan, inovasi dan pendidikan tinggi antara Malaysia dengan Korea Selatan.

Beliau berkata pameran yang dijadual berlangsung pada 7 dan 8 Nov di Dongdaemun Design Plaza, Seoul itu menawarkan penyertaan terhad kepada antara 46 hingga 50 pempamer dari seluruh Malaysia.

“Seiring dengan perkembangan ekonomi kedua-dua negara, Malaysia Fair in Seoul bakal membuka lembaran baharu dengan membawa keunikan dan keunggulan Malaysia terus ke tengah-tengah kota Seoul.

“Ia bukan sekadar pameran barangan pengguna, sebaliknya platform strategik untuk merapatkan hubungan perniagaan dan kebudayaan antara Malaysia dengan Korea Selatan,” katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai penganjuran acara itu, di sini, hari ini.

Fazura Azima berkata pameran itu juga membuka peluang kepada pengusaha tempatan untuk mengetengahkan makanan dan produk halal Malaysia, yang kini semakin mendapat perhatian serta permintaan tinggi di pasaran Korea Selatan.

Katanya, pameran berkenaan merangkumi sektor pelancongan, pendidikan, teknologi, pertanian, makanan dan minuman, kesihatan, peruncitan, perusahaan kecil dan sederhana, perhotelan, penerbangan serta industri kreatif.

Beliau berkata acara itu turut mengetengahkan persembahan kebudayaan, kraftangan, makanan tradisional dan produk tempatan, selain mempromosikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau yang menawarkan pendidikan berkualiti pada kos kompetitif.

“Malaysia kini semakin mendapat perhatian sebagai destinasi pendidikan dalam kalangan rakyat Korea Selatan kerana menawarkan persekitaran yang selamat, kos yang berpatutan serta ekonomi yang kukuh. Antara trend ketika ini ialah pelancongan pendidikan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register