BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kembar Siam Muhammad Yang Dipisahkan Di Arab Saudi, Meninggal Dunia Pagi Tadi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Kembar Siam Muhammad Yang Dipisahkan Di Arab Saudi, Meninggal Dunia Pagi Tadi​

2169dca6197488066851aa4eb36573a66a92ebef137df

Kredit : FB Ahmad Rosli

Muhammad Rosli, seorang daripada pasangan kembar siam yang berjaya dipisahkan menerusi pembedahan di Arab Saudi pada 2002, meninggal dunia pada 10.45 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, di sini.

Berita duka itu dimaklumkan saudara kembarnya, Ahmad menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Assalamualaikum, saya abang kepada Muhammad ingin memberitahu bahawa kembar saya telah kembali kepada Sang Pencipta-Nya pada 10.45 pagi.

“Terima kasih yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan Muhammad dan hanya Allah dapat membalas jasa kamu semua,” katanya.

Jenazah Muhammad dilaporkan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya kira-kira 6 petang tadi.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad disahkan menghidap kanser pundi kencing dan menjalani rawatan di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi sejak Julai 2025.

Muhammad dilaporkan menjalani lima pembedahan dan lima sesi kemoterapi di hospital berkenaan sebelum disahkan pulih dan meneruskan rawatan susulan.

Semalam, Ahmad memaklumkan keadaan kesihatan Muhammad kurang baik selepas kandungan asid dalam darahnya dilaporkan terlalu tinggi sehingga menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar.

Muhammad dan Ahmad pernah mendapat perhatian negara apabila menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2001 dan pada September 2002, kedua-duanya berjaya dipisahkan menerusi pembedahan kompleks selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard.

 
Back
Top
Log in Register