BTC USD 83,430.2 Gold USD 4,161.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

What Is Al-quran?

Quran yang sebenar adalah diri kita (quran yg hidup- boleh jadi imam/ikutan).. yang bercetak adalah senaskah al quran yang tak hidup.. senaskah al-quran boleh jadi untuk dibaca,dirujuk dan dikaji....

Allah menurunkan al-quran melalui Jibrail bukan dalam bentuk buku...
 
Quran yang sebenar adalah diri kita (quran yg hidup- boleh jadi imam/ikutan).. yang bercetak adalah senaskah al quran yang tak hidup.. senaskah al-quran boleh jadi untuk dibaca,dirujuk dan dikaji....

Allah menurunkan al-quran melalui Jibrail bukan dalam bentuk buku...

Salam,

Lama tak masuk sini....

"Quran yang sebenar adalah diri kita (quran yg hidup- boleh jadi imam/ikutan).. yang bercetak adalah senaskah al quran yang tak hidup.. senaskah al-quran boleh jadi untuk dibaca,dirujuk dan dikaji...."

Ada juga kebenaran maksud ayat yang 'klleman' tulis di atas tu apabila difahami betul2 maksud Al-Quran...

"Allah menurunkan al-quran melalui Jibrail bukan dalam bentuk buku..."

Ya betul tu. Kitab Al-Quran dibukukan pada zaman Khalifah Othmaniah (kalau saya tak silap)

Susunan ayat2 Al-Quran spt surah pertama Al-Fatihah, ke 2 Al-Bagarah dan seterusnya dilakukan oleh Rasulullah sendiri semasa baginda masih hidup lagi....:D
 
Quran yang sebenar adalah diri kita (quran yg hidup- boleh jadi imam/ikutan).. yang bercetak adalah senaskah al quran yang tak hidup.. senaskah al-quran boleh jadi untuk dibaca,dirujuk dan dikaji....

Allah menurunkan al-quran melalui Jibrail bukan dalam bentuk buku...

Macam mana tu? Quran yang hidup adalah diri kita?

Setahu aku AlQuran yang hidup adalah Rasululah s.a.w. sbb ada riwayat hadis dari Aisyah r.ha.

Diri kita tu sapa? aku? kau? atau sesiapa sahaja = adalah quran yang hidup???

Aku? tak layak aku rasa...
 
Keaslian Al-Quran


-Allah telah berjanji untuk memelihara Al-Quran daripada bercampur-aduk dan musnah ditelan zaman, berdasarkan Firman-Nya:


Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami akan menjaganya.. (Surah an-Nahl:9)


-Seperti mana yang kita lihat, Allah s.w.t. telah memenuhi janji-Nya kerana sejak hampir 1425 tahun, tidak ada satu perkataan malah satu huruf sekalipun yang telah diubah. Al-Quran masih wujud dalam tulisan Arab dan sekali-kali tidak pernah bercampur dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. Ianya tulen dan sepenuhnya daripada Allah s.w.t. Tambahan pula, ratusan malah ribuan para sahabat telah menghafal Al-Quran dengan lancarnya.


-Tidak ada cendekiawan Islam mahupun cendekiawan bukan Islam yang amanah, mempertikaikan keaslian serta ketulenan isi kandungan Al-Quran. Ini kerana Al-Quran telah dipindahkan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain dengan cara yang amat efektif serta dipercayai. Ianya telah ditulis, dipelajari serta difahami dengan mendalam oleh ratusan manusia ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. Dan Alhamdulillah, sehingga kini, Al-Quran masih lagi dibaca, dihafal serta dijadikan bahan kajian oleh bukan sahaja ribuan, malah jutaan manusia sama ada mereka yang beragama Islam, mahupun yang bukan beragama Islam.


-Terdapat lebih daripada ratusan ribu kitab yang ditulis sejak puluhan abad yang lalu untuk tujuan menghuraikan isi kandungan serta rahsia Al-Quran yang tidak dapat difahami serta disingkap dengan kemampuan akal manusia yang terlalu cetek ini dari pelbagai aspek; seperti aspek Bahasa & Sastera, Sains & Teknologi, Akhlak & Etika, Undang-undang Syariah & Hukum Feqah, Sejarah & Peradaban Dunia, Motivasi dan sebagainya.


-Menurut Dr. Muhammad Ahmad Mahmud Hasbullah, Ketua Jabatan Sejarah & Peradaban di Universiti Al-Azhar, Kaherah, terdapat banyak dalil yang dapat menyokong dan membuktikan ketulenan Al-Quran, serta mematahkan hujah-hujah musuh Islam, yang mengatakan bahawa Al-Quran itu bukan daripada Allah s.w.t. Taala. Antaranya adalah:
 
1) Perbezaan yang jelas antara Al-Quran & Hadith; sama ada Hadith Qudsi mahupun Hadith Nabawi


-Semasa hayat Nabi Muhammad saw, Baginda melarang para Sahabat daripada menulis serta mencatat kata-kata yg keluar daripada mulut Baginda, selain daripada Al-Quran, kerana Baginda khuatir isi kandungan Al-Quran akan bercampur aduk dengan Hadith Nabi saw. Ini kerana Al-Quran merupakan wahyu Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. menerusi perantaraan Malaikat Jibril dan ianya diturunkan dengan lafaz serta susunan yang asal sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t. Manakala Hadith, maknanya daripada Allah s.w.t., tetapi lafaz serta susunan ayatnya daripada Nabi Muhammad S.A.W. sendiri.


-Nabi Muhammad begitu mengambil berat tentang hal ini, sehinggakan Baginda akan memberitahu para Sahabat bahawa ini merupakan ayat Al-Quran dan ini bukan. Andainya Nabi Muhammad S.A.W. tidak membeza-bezakan antara Al-Quran & Hadith sewaktu hayat Baginda, sudah tentu hal ini akan menjadi masalah kepada umat Islam, serta menjadi senjata bagi golongan kafir untuk mempertikaikan keaslian serta ketulenan Al-Quran.


2) Perbuatan Nabi mendiamkan diri seketika apabila ditanya tentang sesuatu perkara atau masalah


-Nabi Muhammad saw, apabila ditanya tentang sesuatu perkara atau diminta menyelesaikan sesuatu masalah, Baginda tidak menjawabnya secara terus. Tetapi, Baginda mendiamkan diri beberapa ketika sehinggalah turun wahyu daripada Allah s.w.t. yang menerangkan serta menjawab permasalahan tersebut. Kemudian, barulah Nabi S.A.W. bertemu dengan individu yang bertanya tersebut, dan membacakan kepadanya ayat Al-Quran yg baru sahaja turun, sebagai jawapan terhadap persoalannya.


-Andainya Nabi S.A.W. mampu menjawab kesemua persoalan serta masalah-masalah yang baru dengan segera, tanpa menunggu wahyu yang turun daripada hadrat Ilahi, maka mungkin akan timbul di situ sedikit keraguan serta syak wasangka, bahawa agama Islam merupakan rekaan daripada Nabi S.A.W. sendiri.


3) Keadaan Nabi yang buta huruf; tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis


-Nabi Muhammad S.A.W. merupakan insan yang ummiy; iaitu tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Oleh itu, mustahil bagi seorang insan yang buta huruf untuk mengetahui hakikat sejarah melalui pengkajian serta pembacaan daripada dirinya sendiri. Banyak fakta-fakta sejarah serta kisah-kisah para Nabi yang dimuatkan di dalam Al-Quran; antaranya kisah Nabi Yusuf, kisah Firaun, kisah Ashabul Kahfi, kisah umat-umat terdahulu yg telah dimusnahkan oleh Allah s.w.t. seperti Kaum Nabi Lut, Kaum Nabi Nuh, Kaum ‘Ad, Kaum Tsamud dan sebagainya.


-Dan yang menariknya, terdapat juga sebahagian kisah-kisah yang turut dibenarkan oleh golongan Kristian kerana ianya terdapat di dalam Bible mereka, seperti kisah ibu Nabi Musa menghanyutkannya di dalam sungai, kisah Nabi Musa berkahwin dengan anak Nabi Shuib a.s, kisah penciptaan Adam dan Hawa dan sebagainya; walaupun ianya tidak serupa seratus peratus.


-Keadaan Nabi S.A.W. yang buta huruf dapat dibuktikan melalui peristiwa Perjanjian Hudaibiyah, ketika mana berlangsungnya dialog antara pihak Quraisy yang diwakili oleh Suhail Bin Amru dan pihak Muslimin. Rasulullah S.A.W. mewakilkan Ali Bin Abi Thalib r.a. untuk menuliskan perjanjian bagi pihak Baginda. Baginda memerintahkan Ali r.a. utk menulis kalimah ‘Bismillahirrahmaanirrahim’.


-Lalu Suhail pun berkata, “Adapun Ar-Rahman itu, demi Allah s.w.t. aku tidak mengenali siapa Dia. Tulislah Bismikallahumma (dengan nama Engkau Ya Allah).” Lalu Rasulullah S.A.W. pun memerintahkan Ali r.a. lagi untuk menulis, “Inilah yang dipersetujui oleh Muhammad Rasulullah dan Suhail Bin Amru.” Ali r.a. pun menulis sebagaimana yang dikehendaki Rasulullah saw.


-Namun Suhail enggan lalu berkata, “Demi Allah s.w.t., jika kami sudahpun mengakui bahawa kamu adalah Rasulullah, nescaya kami tidak akan menghalang engkau daripada menziarahi Baitullah dan kami tidak akan memerangi kamu. Tulis sahajalah namamu dan nama bapamu.” Maka Rasulullah S.A.W. pun menjawab, “Demi Allah s.w.t., aku merupakan pesuruh-Nya. Tetapi jika engkau masih ingin mendustakannya, tulis sahajalah Muhammad Bin Abdullah…” dan Baginda memerintahkan Ali r.a. agar memadamnya.


-Tetapi, keimanan yang kental dalam hati Ali r.a. menyebabkannya enggan untuk memadam kalimah ‘Rasulullah’ kerana ianya seakan-akan menafian kedudukan Baginda sebagai pesuruh Allah. Lalu Nabi bersabda, “Maka tunjukkanlah aku tempatnya.” Maka Rasulullah S.A.W. pun memadamnya dengan tangan Baginda sendiri, setelah ditunjukkan kedudukan kalimah ‘Rasulullah’ itu oleh Ali r.a.


-Para Ulamak bersepakat dalam menyatakan bahawa keadaan Nabi yang buta huruf itu, bukanlah menunjukkan kelemahan serta kekurangan diri baginda. Tetapi sebaliknya ianya merupakan satu kemuliaan bagi Nabi S.A.W. dan secara tidak langsung telah dapat menangkis hujah-hujah musuh yang mengatakan bahawa Al-Quran ini merupakan hasil tulisan serta karangan daripada diri baginda sendiri, sepertimana yang telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran:Dan orang kafir itu berkata,


“Al-Quran ini tidak lain hanyalah pembohongan yang diadakan oleh Muhammad, serta dia dibantu oleh kaum-kaum yang lain (seperti kaum Yahudi dan sebagainya).” (Surah Al-Furqan : 4)
 
erm lama lak x de sape jenguk,saje up balik ,mana tau ada org leh kupas lagi ke
 
Al-Quran .... semoga menjadi amalan kita untuk membaca
 
Last edited:
Just nak share...

Nabi pernah bersabda yang bermaksud 'Bukan dari Ummatku bagi mereka yang tidak melagukan Al-Quran'. Maksudnya ialah kita hendaklah membaca Al-Quran dengan suara kita yang paling baik.

Terdapat 7 lagu alquran yang utama

-Bayati
-Nahawand
-Soba
-Rast
-Hijaz
-Sikah
-Jiharkah
 
Just nak share...

Nabi pernah bersabda yang bermaksud 'Bukan dari Ummatku bagi mereka yang tidak melagukan Al-Quran'. Maksudnya ialah kita hendaklah membaca Al-Quran dengan suara kita yang paling baik.

Terdapat 7 lagu alquran yang utama

-Bayati
-Nahawand
-Soba
-Rast
-Hijaz
-Sikah
-Jiharkah
 
Back
Top
Log in Register