Keaslian Al-Quran
-Allah telah berjanji untuk memelihara Al-Quran daripada bercampur-aduk dan musnah ditelan zaman, berdasarkan Firman-Nya:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami akan menjaganya.. (Surah an-Nahl:9)
-Seperti mana yang kita lihat, Allah s.w.t. telah memenuhi janji-Nya kerana sejak hampir 1425 tahun, tidak ada satu perkataan malah satu huruf sekalipun yang telah diubah. Al-Quran masih wujud dalam tulisan Arab dan sekali-kali tidak pernah bercampur dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. Ianya tulen dan sepenuhnya daripada Allah s.w.t. Tambahan pula, ratusan malah ribuan para sahabat telah menghafal Al-Quran dengan lancarnya.
-Tidak ada cendekiawan Islam mahupun cendekiawan bukan Islam yang amanah, mempertikaikan keaslian serta ketulenan isi kandungan Al-Quran. Ini kerana Al-Quran telah dipindahkan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain dengan cara yang amat efektif serta dipercayai. Ianya telah ditulis, dipelajari serta difahami dengan mendalam oleh ratusan manusia ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. Dan Alhamdulillah, sehingga kini, Al-Quran masih lagi dibaca, dihafal serta dijadikan bahan kajian oleh bukan sahaja ribuan, malah jutaan manusia sama ada mereka yang beragama Islam, mahupun yang bukan beragama Islam.
-Terdapat lebih daripada ratusan ribu kitab yang ditulis sejak puluhan abad yang lalu untuk tujuan menghuraikan isi kandungan serta rahsia Al-Quran yang tidak dapat difahami serta disingkap dengan kemampuan akal manusia yang terlalu cetek ini dari pelbagai aspek; seperti aspek Bahasa & Sastera, Sains & Teknologi, Akhlak & Etika, Undang-undang Syariah & Hukum Feqah, Sejarah & Peradaban Dunia, Motivasi dan sebagainya.
-Menurut Dr. Muhammad Ahmad Mahmud Hasbullah, Ketua Jabatan Sejarah & Peradaban di Universiti Al-Azhar, Kaherah, terdapat banyak dalil yang dapat menyokong dan membuktikan ketulenan Al-Quran, serta mematahkan hujah-hujah musuh Islam, yang mengatakan bahawa Al-Quran itu bukan daripada Allah s.w.t. Taala. Antaranya adalah: