BTC USD 82,559.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

What Is Al-quran?

hurmmm.. aku ada orang datang umah duk ngajar tafsir Al-Quran direct ni.. Amik ayat tertentu, tafsir ikut kepala sendiri... sampaikan keluar hukum orang Islam yang baca Al-Quran tapi tak paham.. adalah syirik... pastu masuk neraka tak keluar2.. zalim tul puak2 ni... aku nak korek jemaah apa la nih...

Kat Malaysia ni golongan yang famous hanya mengambil Al-Quran sahaja ni dipanggil golongan Anti-Hadis. Kebanyakkan pengikutnya golongan yang jahil dan tak belajar agama. Tapi sebab dia pikir dia orang Islam dan tiada sebab untuk dia tidak boleh bercakap berkenaan Islam. Jadi cara senang nye amik yang Quran sajer...

Golongan anti-hadis ni tak pikir ke bagaimana rupa Solat jika tak dipandukan Sunnah Nabi SAW? Mereka tak pikir ke bagaimana rupa puasa jika tak dipandukan Sunnah Nabi SAW? Bagaimana rupanya hal-hal lain seperti Haji, Munakahah, Tayammum, etc tanpa rujuk kepada Sunnah Nabi SAW?
 
ok teruskan bertaranum kalo itu sebabnye diturunkan Al-quran.sedangkan Rasulullah sendiri tidaklah layak,go ahead bro,saye bukan nak jatuhkan hukum kat sini,saye hanya memberikan maksud terjemahan,dan saye x akan tafsir,saye bukanlah pakar tafsir,sebab setiap tafsiran berbeza-beza,org ni tafsir macam ni,org tu tafsir macam tu,hanya menyampaikan apa yang diturunkan Allah,dan ini mengikut terjemahan resam uthmani,dan disampaikan Rasulullah kepada seluruh umat islam,dan saya tidak lain hanya menyampaikan,mungkin saya salah,tapi saya x kisah,saya hanya memberitahu,kerana pada suatu masa nanti akan terjadilah apa yang dibimbangkan berlaku,Al-quran hanya mampu dilagukan walaupon itu bukan tujuan sebenar.teruskan bertaranum

apa maksud Rasullullah tidak layak diatas?
ini bukan soal hukum sahaja, saya nampak ni dah masuk soal akidah saudara. soal iman. boleh kufur jika tersalah langkah.
 
Kat Malaysia ni golongan yang famous hanya mengambil Al-Quran sahaja ni dipanggil golongan Anti-Hadis. Kebanyakkan pengikutnya golongan yang jahil dan tak belajar agama. Tapi sebab dia pikir dia orang Islam dan tiada sebab untuk dia tidak boleh bercakap berkenaan Islam. Jadi cara senang nye amik yang Quran sajer...

Golongan anti-hadis ni tak pikir ke bagaimana rupa Solat jika tak dipandukan Sunnah Nabi SAW? Mereka tak pikir ke bagaimana rupa puasa jika tak dipandukan Sunnah Nabi SAW? Bagaimana rupanya hal-hal lain seperti Haji, Munakahah, Tayammum, etc tanpa rujuk kepada Sunnah Nabi SAW?

Dia datang hanya bawa Al-Quran.. pastu cakap semua ustaz/ulama kat Malaysia ni tak betul melainkan orang2 yang ikut cara diorang... even hadis 40 pon diorang cakap ada yang tak betul dan mungkin diubah2 atau israiliyat semata2... waduh..

apa2 pon, dia silap orang la nak pusing2... aku bantai balik beberapa perkara, tak boleh lak nak jawab...
 
aku pun ada sorang jumpa mamat yang balik US lepas tu condemn orang bace Quran. Dia kate kenape baca Quran bahasa Arab kalau tak faham, bazir mase...bace jer terjemahan...dia ingat Al-Quran ni setakat nak paham sajer...

Al-Quran ni mukjizat...bukan setakat nak paham ayat jer...baca tak paham pun dapat pahala...kalau dia kate bace Al-Quran tu mesti kena paham maksud, baca la Quran dan semak maksudnya, tadabbur ayatnya...bukannya tolak baca Quran dalam bahasa ARab...
 
apa maksud Rasullullah tidak layak diatas?
ini bukan soal hukum sahaja, saya nampak ni dah masuk soal akidah saudara. soal iman. boleh kufur jika tersalah langkah.

saye sudah tahu,mende ni akan terjadi,x pe,sebelum ni pon org tuduh macam-macam kat saya,kalo tuan tau tafsirkan lah ape yang dimaksudkan syair itu?adakah rasulullah diajar main muzik?diajar bersastera?atau hanya memang diturunkan Al-quran sebagai petunjuk dan peringatan?kalo saudara katakan yang ayat di atas sudah x relevan,kenapa ade org atau uztaz atau ulama mengatakan Al-quran ni relevan sepanjang zaman,dan diingatkan sekali lagi,tujuan saye bukan nak jatuhkan hukum kat sini,saya bukanlah tuhan yang boleh nak jatuhkan hukum,cuma nak sesuaikan dengan tajuk thread ni dibuka, apa Itu Al-quran,kalo tuan ni berpangkat uztaz silalah kemukakan dengan lebih detail,saye pon nak tahu kenapa,adakah saje-saje je ayat tu diturunkan?
 
Saudara Wea, memahami kehebatan orang Arab bersyair sewaktu Al-Quran belum diturunkan memberi kita faham kenapa Allah mengatakan Al-Quran ni bukan syair...soal tarannum saya akan buat diposting yang lain...tarannum dan syair adalah dua isu berbeza...InsyaAllah artikel dibawah membantu tafsiran Ayat Al-Quran Yaasin dibawah...

yaasin:69
Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Qur'an itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan,

Rencana ini pernah tersiar dalam akhbar Harian Nasional, hal 24
Pada 7 September 1984

1. Al-Quran diturunkan ketika kemajuan bahasa dan sastera Arab jahiliah mencapai zaman kegemilangannya. Ketika itu terdapat ramai ahli bahasa dan ahli sastera yang yang muncul di Semenanjung Tanah Arab. Ahli-ahli bahasa dan sastera ini telah dianggap golongan berilmu (ahlul Ma’rifah) iaitu orang-orang yang paling pandai di zaman itu.

2. Syair-syair yang dicipta oleh mereka pula bolehlah dianggap sebagai ‘Dewan Bangsa Arab’ atau ‘Arkib Kebangsaan Arab’. Panggilan ini amat sesuai digunakan kerana syair pada masa itu mengandungi gambaran-gambaran tentang adat istiadat, kepercayaan, agama, keadaan geografi, cara hidup masyarakat Arab Jahiliah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman itu.

3. Tegasnya syair adalah sumber rujukan utama bagi mengetahui sejarah kehidupan orang-orang Arab jahiliah dan kegiatan mereka sebelum kitab suci Al-Quran diturunkan.

4. Pada masa itu tidak seorang pun yang cuba mempertikaikan kedudukan para penyair dan syair-syair mereka. Para penyair sangat dihormati oleh kabilah mereka kerana dianggap pelindung kepada kabilah itu di samping menjadi alat untuk mengharumkan nama kabilah masing-masing.

5. Oleh kerana tiada unsur-unsur yang boleh menggugat kedudukan mereka seperti para pengkritik menyebabkan para penyair Arab ini menjadi angkuh dan sombong. Mereka amat berbangga dengan kefasihan lidah dan kebolehan mereka mencipta syair secara spontan.

6. Setiap penyair bercita-cita-cita untuk menang dalam setiap pertandingan membaca syair yang diadakan di pasar-pasar Ukadz, Zul Majnah dan Zul Majaz. Kejayaan tertinggi bagi mereka ialah apabila syair-syair mereka berjaya digantungkan di di dinding ka’abah untuk menjadi tatapan orang ramai.

7. Di tengah-tengah suasana itulah Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Para penyair berasa terpegun dengan keindahan gaya bahasa dan isi kandungan Al-Quran.Tanpa disedari mereka turut mengkaji kitab suci itu bersama orang-orang Islam yang lain sehingga mereka lupa sebentar kepada syair tradisional.

8. Sekiranya umat Islam mengkaji Al-Quran untuk meningkatkan pengetahuan dan keimanan mereka, para penyair Arab jahiliah pula mengkajinya untuk mencari kelemahan Al-Quran. Ternyata kepada mereka Al-Quran bukanlah sebarang kitab. Bahasa dan isi kandungannya amat berbeza daripada syair.

9. Mereka merasa malu, sekaligus merasa kedudukan mereka dan syair-syair mereka tercabar. Tambahan pula apabila melihat masyarakat Arab ketika itu mula menumpukan perhatian mereka kepada Al-Quran daripada syair.

10. Mereka pun cuba mengada-adakan sesuatu yang boleh melemahkan kedudukan al-Quran di samping untuk memulihkan imej mereka. Percubaan mereka untuk mencari kelemahan Al-Quran ternyata gagal. Ini menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan lain.

Hakcipta Abd Bashid Harun
 
jadi benda yang sama la terjadi di masa sekarang,bahkan Al-Quran itu dijadikan syair dan siap dipertandingkan lagi
 
waaa...kecoh gak thead nie yer...huhhuuuhuu
 
jadi benda yang sama la terjadi di masa sekarang,bahkan Al-Quran itu dijadikan syair dan siap dipertandingkan lagi

Saudara silap disini.

1)Pertandingan Tilawah AlQuran Berlagu bukan pertandingan Syair.

2)Saudara mesti bersikap objektif. Jika saudara tidak suka kepada pertandingan Tilawah Al-Quran Berlagu, saudara tidak harus mengatakan baca Al-Quran Berlagu itu haram dan rosak. Cukup sekadar melahirkan pertandingan itu tidak wajar. Kerana tiada dalil pun dari Al-QUran yang mengharamkan bacaan Al-Quran berlagu.
 
Saudara, saya tengok argument saudara bertitik tolak dari direct translation ayat surah Yaasin - 69.

Tarannum bukan Syair...ayat 69 Surah Yaasin diturunkan kerana orang Arab mengatakan nabi mencipta Al-Quran dan Al-Quran itu adalah Syair ciptaan Nabi...
 
Back
Top
Log in Register