BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warisan Budaya Suku Peribumi Taiwan Ditonjol Pada GTF 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Warisan Budaya Suku Peribumi Taiwan Ditonjol Pada GTF 2026​

5c87ccc5bead4e69974f9adf7cb4b3216a78790621f5d

c19a47408b1cb6897e9dd6a4b3845e416a7879347930f

Warisan budaya pribumi Taiwan menjadi tumpuan utama di Festival George Town (GTF) 2026 di Dewan Sri Pinang di sini, hari ini.

Program yang diadakan sempena Hari Antarabangsa Orang Asli Sedunia itu menampilkan penampilan sulung di Malaysia oleh Kumpulan Lagu dan Tarian Pribumi Formosa (FISDT) yang mempersembahkan The Rainbow Bridge and Ocean Chants, sebuah produksi yang menggabungkan muzik dan tarian tradisional masyarakat Truku dan Amis.


Kekayaan warisan suku peribumi Taiwan menjadi tumpuan pada Festival George Town (GTF) 2026 yang berlangsung di Dewan Sri Pinang, di sini dengan persembahan muzik tradisional, tarian serta sajian berinspirasikan budaya peribumi itu.

Program berkenaan yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia 2026 turut menampilkan kemunculan sulung kumpulan kesenian dari Taiwan iaitu Formosa Indigenous Song & Dance Troupe (FISDT) di Malaysia menerusi persembahan The Rainbow Bridge and Ocean Chants, sebuah produksi yang menggabungkan muzik dan tarian tradisional suku Truku dan Amis.

Sebelum persembahan bermula, Program Jelajah Antarabangsa Masakan Gourmet Taiwan 2026 anjuran Overseas Community Affairs Council (OCAC) turut menyediakan reruai yang mengetengahkan pencuci mulut berinspirasikan masakan peribumi Taiwan, selain demonstrasi memasak secara langsung.

Pengarah Bahagian Kebudayaan, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia Yu Chen Wen berkata Taiwan berbesar hati dapat sekali lagi bekerjasama dengan GTF, khususnya sempena acara yang meraikan masyarakat Orang Asli seluruh dunia.

Beliau berkata program itu turut menampilkan cef daripada suku peribumi Taiwan yang berbangga dapat memperkenalkan warisan budayanya melalui sajian makanan, dengan menggunakan bahan-bahan yang menjadi sebahagian daripada tradisi masyarakat peribumi Taiwan.

Antara sajian yang menjadi tarikan utama ialah pencuci mulut seperti jeli kundur lemon maqaw (lada gunung Taiwan) dan churros sekoi yang disediakan oleh cef daripada suku Seediq, Chiang Hsin-Yi bersama-sama pembantu cef Lu Wei-Sung.

“Bahan-bahan ini adalah sebahagian daripada warisan masyarakat peribumi Taiwan. Cef berkenaan menggunakannya untuk menghasilkan sajian baharu yang kreatif namun tetap mengekalkan keaslian masakan masyarakat peribumi,” katanya.

Yu berkata ini merupakan kali pertama cef berkenaan menyertai GTF, sekali gus memberinya peluang memperkenalkan warisan kulinari suku peribumi Taiwan kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia Lien Yu-Ping dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow turut mengunjungi reruai itu serta berpeluang mencuba hidangan pencuci mulut.

 
Back
Top
Log in Register