BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FKRK 2026 : Kelantan Terus Pelihara Warisan Seni Budaya Selari Tuntutan Syariat Islam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

FKRK 2026 : Kelantan Terus Pelihara Warisan Seni Budaya Selari Tuntutan Syariat Islam​

6207c9c4b1cddb94c99d4cdbb0da480d6810af6ba4e5a

Datuk Mohd Nassuruddin Daud

Kerajaan Kelantan akan terus memelihara dan memperkasa warisan seni serta budaya negeri itu selagi amalan berkenaan selaras dengan tuntutan syariat Islam, sekali gus menjadikan ia sebagai antara komponen penting dalam pembangunan identiti dan pelancongan negeri.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata kerajaan negeri tidak pernah menolak seni dan budaya yang diwarisi turun-temurun, sebaliknya berusaha memurnikan setiap amalan supaya berkembang dalam lingkungan nilai, adab dan akhlak yang ditetapkan Islam.

Beliau berkata prinsip itu berasaskan kaedah fiqah bahawa hukum asal bagi adat kebiasaan adalah harus selagi tiada dalil yang mengharamkannya.

“Budaya kita dari sudut pandang Islam bukanlah bebas tanpa batas tetapi berkembang dalam lingkungan nilai, adab dan akhlak yang mulia.

“Prinsip ini menjadi pedoman Kerajaan Negeri Kelantan dalam mengurus, menilai dan memelihara warisan seni budaya sejak sekian lama. Kita tidak menolak seni mahupun budaya hanya kerana ia bersifat tradisi tetapi berusaha memurnikan dan memeliharanya agar terus subur selari dengan tuntutan syariat Islam,” katanya pada majlis perasmian penutupan Festival Kesenian Rakyat Kelantan (FKRK) 2026 di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohd Yusri Mohd Yusoff dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mohd Amran Mohd Haris.

Mohd Nassuruddin berkata terdapat beberapa persembahan tradisi negeri sebelum ini tidak dibenarkan kerana mengandungi unsur yang bercanggah dengan syariat, namun kerajaan negeri tiada halangan membenarkannya dipersembahkan semula selepas unsur berkenaan dimurnikan dan tidak lagi diamalkan.

Beliau berkata perkembangan Islam di Kelantan sejak dahulu turut menyuburkan tradisi ilmu, seni, bahasa dan budaya yang berteraskan nilai Islam.

“Warisan budaya Kelantan seperti seni persembahan, permainan tradisional, pertukangan, kraf tangan dan makanan tradisional merupakan khazanah bernilai yang mencerminkan kebijaksanaan serta falsafah hidup masyarakat Melayu yang wajar dipelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register