BTC USD 77,980.2 Gold USD 4,381.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga UK Dalang Scammer Pelaburan

Dua lelaki warga UK dipenjara, denda tipu pelaburan online​

17 Mac 2023 01:58pm

2129926.jpg


Dua lelaki warga United Kingdom masing-masing dipenjara enam bulan dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat atas kesalahan terbabit dalam sindiket penipuan atas talian antarabangsa berjumlah hampir RM53,000. - Gambar hiasan


BUTTERWORTH - Dua lelaki warga United Kingdom masing-masing dipenjara enam bulan dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat atas kesalahan terbabit dalam sindiket penipuan atas talian antarabangsa berjumlah hampir RM53,000.

Lloyd George Bedwell, 48, dan Roger Hoi Wing Wu, 46, dijatuhi hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Kedua-dua tertuduh diarahkan menjalani hukuman itu bermula tarikh mereka ditahan iaitu 21 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan dihadapi Lloyd dan Roger bersama seorang lagi yang masih bebas iaitu Jacob Yazdi didakwa telah menipu dua warga Austria, Trevor Ronald John Curtis dan Kimberley John Buist Walker.

Mereka memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa beliau dijamin akan mendapat kentungan yang tinggi daripada satu pelaburan jangka masa singkat dengan membuat pembelian saham di syarikat dikenali sebagai Devon Energy Corporation yang kedua-dua tertuduh ketahui tidak wujud.

Sehubungan itu, mereka dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan sejumlah AUD8,991.92 (RM27,018.28) AUD8,573 (RM25,759.54) ke dalam akaun RHB Bank Berhad milik MB International Sdn. Bhd.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan mereka di Island Plaza Tower, Tanjong Tokong pada 16 Disember 2022 dan 5 Januari 2023.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib, Noor Azura Zulkifli dan Afiqa Liyana Rozman manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam V. Muniandy dan A. Ashok.

SPRM sebelum ini membongkar satu sindiket ‘scammer pelaburan’ yang didalangi warga UK bersama beberapa negara lain kerana turut terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram serta rasuah menerusi Op Tropicana.

Mereka dipercayai menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan UK dengan memperdayakan mereka membuat pelaburan tidak wujud. Modus operandi sindiket itu adalah mencari mangsa menerusi media sosial dan panggilan telefon.


 

Op Tropicana: SPRM siasat individu bukan bank​

18 Mac 2023 01:59pm

2131078.jpg


Gambar hiasan.


PUTRAJAYA - Siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan antarabangsa yang berjaya dilumpuhkan menerusi Op Tropicana bulan lalu tertumpu pada individu dan bukannya institusi kewangan.

SPRM dalam kenyataan pada Sabtu berkata, dakwaan lima bank utama dipantau tidak timbul kerana institusi itu tidak terbabit secara khusus dalam siasatan.

"Mereka (individu yang disiasat) merupakan segelintir golongan profesional termasuk pegawai-pegawai bank, akauntan dan setiausaha syarikat yang bertindak membolehkan urusan sindiket haram tersebut beroperasi," katanya.

SPRM berkata, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi penguat kuasa lain dalam memerangi sindiket penipuan antarabangsa.

"Usaha menjejak aset dan wang haram yang dipercayai berjumlah jutaan ringgit ini dijalankan dengan kolaborasi BNM dan badan-badan penguat kuasa antarabangsa termasuk Interpol, National Crime Agency (NCA – United Kingdom) dan Federal Bureau of Investigation (FBI).

"Usaha ini juga merupakan tindakan susulan setelah empat dalang utama sindiket yang terdiri daripada warga asing telah didakwa di Mahkamah Shah Alam pada 16 Mac dan di Mahkamah Butterworth pada 17 Mac lalu, iaitu dalam tempoh tiga minggu selepas operasi berkenaan dilancarkan," katanya.

Keempat-empat warga United Kingdom tersebut telah dijatuhi hukuman penjara dan didenda selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.


 

Dua lelaki warga UK dipenjara, denda tipu pelaburan online​

17 Mac 2023 01:58pm

2129926.jpg


Dua lelaki warga United Kingdom masing-masing dipenjara enam bulan dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat atas kesalahan terbabit dalam sindiket penipuan atas talian antarabangsa berjumlah hampir RM53,000. - Gambar hiasan


BUTTERWORTH - Dua lelaki warga United Kingdom masing-masing dipenjara enam bulan dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat atas kesalahan terbabit dalam sindiket penipuan atas talian antarabangsa berjumlah hampir RM53,000.

Lloyd George Bedwell, 48, dan Roger Hoi Wing Wu, 46, dijatuhi hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Kedua-dua tertuduh diarahkan menjalani hukuman itu bermula tarikh mereka ditahan iaitu 21 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan dihadapi Lloyd dan Roger bersama seorang lagi yang masih bebas iaitu Jacob Yazdi didakwa telah menipu dua warga Austria, Trevor Ronald John Curtis dan Kimberley John Buist Walker.

Mereka memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa beliau dijamin akan mendapat kentungan yang tinggi daripada satu pelaburan jangka masa singkat dengan membuat pembelian saham di syarikat dikenali sebagai Devon Energy Corporation yang kedua-dua tertuduh ketahui tidak wujud.

Sehubungan itu, mereka dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan sejumlah AUD8,991.92 (RM27,018.28) AUD8,573 (RM25,759.54) ke dalam akaun RHB Bank Berhad milik MB International Sdn. Bhd.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan mereka di Island Plaza Tower, Tanjong Tokong pada 16 Disember 2022 dan 5 Januari 2023.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib, Noor Azura Zulkifli dan Afiqa Liyana Rozman manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam V. Muniandy dan A. Ashok.

SPRM sebelum ini membongkar satu sindiket ‘scammer pelaburan’ yang didalangi warga UK bersama beberapa negara lain kerana turut terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram serta rasuah menerusi Op Tropicana.

Mereka dipercayai menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan UK dengan memperdayakan mereka membuat pelaburan tidak wujud. Modus operandi sindiket itu adalah mencari mangsa menerusi media sosial dan panggilan telefon.


Patut scammer suka malaysia scam berjuta2 lemon.....denda 100k ja ngn penjara pun mcm pi duk asrama hahaha . Nie yg es duk mengamuk nie.....yg bestnya sprm pun boleh buat kerja jabatan komersial hehehe....xfhm jgk akta tubuh sprm nie ya hehehe
 


In the joint expose with investigative reporter Ross Coulthart, Bartlett will take viewers inside “Operation Tropicana” led by Australian fraud and cybercrime specialist Ken Gamble and his IFW Global operatives.
 
Back
Top
Log in Register