BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket "Love Scam" Tumpas, Dalang Warga China Dan Rusia Antara 21 Ditahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sindiket "Love Scam" Tumpas, Dalang Warga China Dan Rusia Antara 21 Ditahan​

35faad756911e9f930dfbdadd22b58106a881f8b7d6cb

Kredit : Laman Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan dalam talian termasuk love scam dan penjualan barangan palsu berikutan penahanan 21 individu dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Nilai, Negeri Sembilan, Rabu lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata sindiket yang dipercayai beroperasi sejak awal tahun itu menjadikan sebuah kediaman mewah di kawasan terpencil di Taman Desa Melati, Nilai sebagai pusat operasi dan dipercayai mampu mengaut keuntungan hingga USD 50,000 menerusi kegiatan berkenaan.

Beliau berkata pasukan operasi pada mulanya menahan seorang lelaki tempatan dipercayai anggota sindiket serta seorang lelaki dan wanita warga China berusia antara 50 hingga 53 tahun di KLIA.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini menguruskan kemasukan warga asing ke Malaysia dengan menyasarkan warga China yang dipercayai telah disenarai hitam oleh JIM

"Suspek yang telah disenarai hitam ini dipercayai memilki dua naskhah pasport China yang berbeza nombor . Pasport China yang tidak disenarai hitam oleh JIM digunakan untuk melalui pemeriksaan di e-Gate di KLIA," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zakaria berkata hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek warga China itu telah menjumpai pasport China yang telah disenarai hitam di dalam beg mereka.

Beliau berkata lelaki tempatan berkenaan pula dipercayai berperanan menghantar warga China terbabit ke lokasi ditetapkan dengan sindiket mengenakan bayaran antara RM150 hingga RM500 seorang bergantung kepada destinasi.

"Hasil soal siasat terhadap kesemua yang ditahan, pasukan operasi telah membuat pemeriksaan lanjut ke lokasi premis kediaman di Taman Desa Melati, Nilai dan berjaya menahan ‘dalang utama’ iaitu tiga warga China termasuk seorang wanita dan seorang wanita warga Rusia," katanya.

Turut ditahan ialah 'ahli sindiket' terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita warga China serta masing-masing seorang lelaki warga Vanuatu dan Pakistan, selain masing-masing seorang wanita warga India dan Myanmar.

 
Back
Top
Log in Register