BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga UK Dalang Scammer Pelaburan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836

[VIDEO] Warga UK dalang scammer pelaburan​

22 Februari 2023 09:00am

2102174.jpg

Antara ahli sindiket yang ditahan dalam serbuan serentak ke atas 24 premis membabitkan sindiket penipuan pelaburan didalangi warganegara UK dalam Op Tropicana pada Selasa.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar satu sindiket penipuan pelaburan yang didalangi oleh warganegara United Kingdom (UK) dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang pada Selasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Op Tropicana ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Menurut Azam, 24 serbuan telah dilaksanakan termasuk tiga pusat panggilan atau 'boiler room', syarikat serta kediaman ahli sindiket.

"Serbuan dijalankan dengan kaedah risikan ‘imlntelligence base investigation’, financial investigation, covert operative, undercover dan beberapa kaedah siasatan digunakan.

"Risikan juga dengan kerjasama antara agensi di Australia serta beberapa negara luar dan juga dibuat oleh Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM," katanya pada Selasa.

Tambahnya, ahli-ahli sindiket ini terdiri daripada warga Australia, UK, Afrika Selatan dan Filipina.

2102173.jpg

Penguat kuasa menjalankan serbuan serentak ke atas 24 premis membabitkan sindiket penipuan pelaburan didalangi warganegara UK dalam Op Tropicana pada Selasa.

"Mereka dipercayai telah menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan UK dengan memperdaya mereka untuk membuat pelaburan tidak wujud," katanya.

Azam berkata, modus operandi sindiket ini adalah mencari mangsa menerusi media sosial dan panggilan telefon.

Katanya, ahli sindiket akan menghubungi mangsa setelah mereka klik pada pautan untuk mendaftar dalam syarikat pelaburan serta memasukkan butiran peribadi.

"Mangsa-mangsa akan diyakinkan untuk melabur ke dalam syarikat pelaburan yang tidak wujud dan syarikat tersebut hanyalah rekaan semata-mata.

"Penjenayah scammer ini dipercayai telah memperoleh kira-kira AUD60 juta (kira-kira RM200 juta) hasil menipu mangsa-mangsa terlibat sejak 2019 sehingga sekarang. Bagaimanapun, ini adalah sebahagian daripada sindiket antarabangsa yang dipercayai menipu mangsa di seluruh dunia sehingga RM1 bilion," ujarnya.

2102305.jpg

Skema skrip perbualan ditampal di dinding pejabat sebagai panduan kepada ahli sindiket sekiranya mangsa tidak menunjukkan minat kepada tawaran diberikan.

Kata Azam lagi, selain itu, sindiket itu juga dipercayai telah menyogok pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan ahli sindiket dan memudahkan urusan sindiket menjalankan operasi di 'boiler room' (pusat panggilan) mereka di negara ini.

Sementara itu, Pengarah AMLA SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin yang mengetuai serbuan tersebut mengesahkan seramai 11 orang individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut ditahan manakala seramai 70 orang ditahan oleh pihak imigresen.

2102304.jpg

Seorang lelaki warga New Zealand disyaki ahli sindiket cedera selepas bertindak melompat melalui tingkap di tingkat 14 ke bumbung dan terjatuh ke tingkat 11.

"Sebanyak 74 akaun milik individu dan syarikat dibekukan dengan anggaran jumlah sebanyak RM11 juta.

"Permohonan reman terhadap semua individu akan dilaksanakan pada 22 Februari (Rabu)," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian yang menyertai operasi itu mendapati seorang lelaki warga New Zealand disyaki ahli sindiket bertindak nekad melompat melalui tingkap di tingkat 14 ke bumbung dan terjatuh ke tingkat 11.

Tindakan lelaki terbabit mengundang padah selepas dipercayai mengalami patah tangan dan kaki.

Dua lelaki warga UK dipenjara, denda tipu pelaburan online​

17 Mac 2023 01:58pm

2129926.jpg

Dua lelaki warga United Kingdom masing-masing dipenjara enam bulan dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat atas kesalahan terbabit dalam sindiket penipuan atas talian antarabangsa berjumlah hampir RM53,000. - Gambar hiasan

BUTTERWORTH - Dua lelaki warga United Kingdom masing-masing dipenjara enam bulan dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat atas kesalahan terbabit dalam sindiket penipuan atas talian antarabangsa berjumlah hampir RM53,000.

Lloyd George Bedwell, 48, dan Roger Hoi Wing Wu, 46, dijatuhi hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Kedua-dua tertuduh diarahkan menjalani hukuman itu bermula tarikh mereka ditahan iaitu 21 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan dihadapi Lloyd dan Roger bersama seorang lagi yang masih bebas iaitu Jacob Yazdi didakwa telah menipu dua warga Austria, Trevor Ronald John Curtis dan Kimberley John Buist Walker.

Mereka memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa beliau dijamin akan mendapat kentungan yang tinggi daripada satu pelaburan jangka masa singkat dengan membuat pembelian saham di syarikat dikenali sebagai Devon Energy Corporation yang kedua-dua tertuduh ketahui tidak wujud.

Sehubungan itu, mereka dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan sejumlah AUD8,991.92 (RM27,018.28) AUD8,573 (RM25,759.54) ke dalam akaun RHB Bank Berhad milik MB International Sdn. Bhd.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan mereka di Island Plaza Tower, Tanjong Tokong pada 16 Disember 2022 dan 5 Januari 2023.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib, Noor Azura Zulkifli dan Afiqa Liyana Rozman manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam V. Muniandy dan A. Ashok.

SPRM sebelum ini membongkar satu sindiket ‘scammer pelaburan’ yang didalangi warga UK bersama beberapa negara lain kerana turut terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram serta rasuah menerusi Op Tropicana.

Mereka dipercayai menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan UK dengan memperdayakan mereka membuat pelaburan tidak wujud. Modus operandi sindiket itu adalah mencari mangsa menerusi media sosial dan panggilan telefon.

Sindiket penipuan antarabangsa: Dua warga UK dipenjara, denda​

16 Mac 2023 12:57pm

2128695.jpg

Dua warga UK, Andrew Mark Peters (berkerusi roda) dan Darren Anthony Mcnicholas diiringi oleh snggota SPRM) untuk didakwa berhubung Op Tropicana di Mahkamah Shah Alam. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Dua warga United Kingdom (UK) termasuk salah seorangnya merupakan orang kurang upaya (OKU) yang terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian antarabangsa dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan dan denda keseluruhan RM320,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman tersebut kepada Andrew Mark Peters, 55, yang kudung kaki kanan dan berkerusi roda serta Darren Anthony Mcnicholas, 51, selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan terbabit.

Andrew dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM80,000 bagi pertuduhan pertama serta penjara enam bulan dan denda RM100,000 bagi kesalahan kedua.

Darren pula dikenakan penjara enam bulan dan denda RM60,000 untuk pertuduhan pertama serta penjara enam bulan dan denda RM80,000 bagi kesalahan kedua.

Bagaimanapun, semua hukuman penjara itu berjalan secara serentak iaitu selama enam bulan bermula daripada tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap pada 21 Februari lalu.

Andrew dan Darren juga berdepan hukuman penjara tambahan masing-masing selama 22 dan 16 bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Andrew didakwa menjadi dalang sindiket penipuan antarabangsa dengan bersubahat dan mengarahkan rakannya, Darren menipu seorang warganegara Scotland dengan memperdaya mangsa menyerahkan sejumlah wang berjumlah AS$5,672.41 (RM26,000) ke dalam satu akaun OCBC Bank (M) Bhd kononnya untuk pelaburan jangka masa singkat dengan pembelian saham di sebuah syarikat dikenali sebagai Novocure Limited yang tidak wujud.

Lelaki itu turut didakwa mengarahkan Darren menipu mangsa sama untuk menyerahkan sejumlah Euro 121,200 (RM580,000) ke dalam satu akaun CIMB Bank (M) Bhd kononnya untuk pelaburan jangka masa singkat dengan pembelian saham di sebuah syarikat dikenali sebagai Premier Transfer Ltd yang tidak wujud.

Kesalahan itu didakwa dilakukan masing-masing pada pada 21 Mei dan 27 Jun 2019 di pejabat operasi sindiket itu di Menara Mitraland, Petaling Jaya.

Darren pula didapati bersalah memperdaya dan melakukan penipuan terhadap mangsa dalam kes, tempat dan tarikh yang sama.

Oleh itu, Andrew bersalah mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 417 kanun sama sementara Darren bersalah di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib dan Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Fahmi Abd Moin.

Pada prosiding itu, Ahmad Akram memohon hukuman setimpal dikenakan memandangkan kes penipuan dalam talian bukan sahaja kerap berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Malah, Ahmad Akram berkata, sindiket penipuan antarabangsa yang melibatkan kedua-dua tertuduh mula aktif di Lembah Klang sejak 2015 lagi.

Ia juga sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh untuk tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akang datang.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM membongkar sindiket penipuan pelaburan didalangi warga UK yang berjaya mengaut keuntungan kira-kira RM200 juta dengan memperdaya mangsa daripada golongan profesional.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sebanyak 24 premis termasuk kediaman mewah 'mastermind' dan tiga pusat panggilan atau 'boiler room' scammer itu diserbu dalam operasi serentak dinamakan Op Tropicana pada 21 Februari lalu.

Operasi besar-besaran terhadap sindiket yang menawarkan pelaburan yang tidak wujud itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Bhd dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Dalang sindiket pelaburan antarabangsa direman​

07 Mac 2023 04:12pm

2118351.jpg

SPRM membawa suspek ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga United Kingdom (UK) disyaki dalang sindiket pelaburan antarabangsa direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, individu berkenaan disyaki dalang utama dalam sindiket penipuan antarabangsa yang ditangkap pada 21 Februari lalu.

"Semasa serbuan dibuat individu itu berada di premis boiler room atau markas pusat panggilan, dia juga merupakan pengurus besar kepada dua buah boiler room yang diserbu," katanya.

Menurutnya, semasa serbuan Jabatan Imigresen Malaysia telah membuat tangkapan ke atas individu tersebut.

"Hasil siasatan dan keterangan daripada saksi, individu tersebut kemudian ditahan oleh SPRM, semalam (Isnin) untuk siasatan lanjut," katanya.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap suspek.

Terdahulu, SPRM menumpaskan sindiket pelaburan antarabangsa didalangi warga UK dalam serbuan di 24 premis berasingan menerusi Op Tropicana yang dilaksana bermula 21 Februari lalu.

Operasi dijalankan serentak termasuk di tiga pusat panggilan, syarikat dan kediaman ahli sindiket di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang tanpa kehadiran pihak polis.

Difahamkan, sindiket dipercayai beroperasi sejak 2019 dan mengaut hampir RM200 juta daripada mangsa warga Australia dan UK, malah dipercayai memberi suapan kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh terus beroperasi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata modus operandi sindiket adalah menawarkan portfolio pelaburan tidak wujud menerusi iklan di media sosial dan ahli sindiket terdiri daripada warga Australia, Britain, Afrika Selatan dan Filipina.

Katanya, sindiket ini sebahagian daripada sindiket antarabangsa yang dipercayai menipu mangsa di seluruh dunia sehingga RM1 bilion.

Seramai 11 suspek disyaki terbabit dalam kegiatan itu ditahan, manakala 70 individu lagi ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi itu.

Sebanyak 74 akaun milik individu dan syarikat dibekukan, dianggarkan berjumlah RM11 juta.

'Boiler room' markas scammer buat panggilan​

02 Mac 2023 08:00am

2111959.jpg

Azam Baki (tengah) menunjukkan antara barang yang dirampas menerusi Op Tropicana di Lembah Klang pada 21 Februari lalu.

SHAH ALAM - Sindiket penipuan pelaburan yang didalangi warga United Kingdom (UK) dikesan telah membeli data-data pengguna di sesebuah negara untuk dijadikan sasaran sebagai mangsa.

Kegiatan scammer yang menjadikan boiler room atau markas pusat panggilan akan memainkan peranan bagi membuat panggilan serta menghantar e-mel kepada pelabur yang berminat menyertai pelaburan yang ditawarkan sindiket.

Bagi menjerat mangsa, laman-laman web palsu akan dicipta dengan memaparkan iklan-iklan pelaburan yang dilihat seperti tulen.

2111977.jpg

Sebahagian skrip yang ditemui di dalam boiler room sindiket penipuan dipercayai sebagai panduan untuk memperdayakan mangsa.

Para pelabur yang berminat kemudian akan memasukkan e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi.

Bagi menyukarkan kegiatan dikesan pihak berkuasa, sindiket ini menyasarkan mangsa dalam kalangan warga luar negara antaranya UK dan Australia.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, laman web palsu yang dicipta sindiket berkenaan adalah ‘mirror’ atau cerminan kepada laman web sebenar.

2111975.jpg

Mohamad Zamri

Menurutnya, sindiket tersebut bergerak licik dengan menstrukturkan pecahan operasi agar semua bukti sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

“Boiler room akan memainkan peranan bukan sahaja membuat panggilan dan menghantar e-mel tetapi mencipta laman web palsu menyerupai website sebenar dengan memaparkan iklan-iklan pelaburan tertentu bagi menarik pelabur dari negara terbabit.

“Modus operandi sindiket adalah membeli data pengguna di negara terbabit contohnya senarai data pengguna di Australia untuk dihubungi.

“Siasatan awal mendapati, sindiket akan membuat panggilan sekitar 100 hingga 200 panggilan setiap hari untuk meyakinkan pelabur kononnya menerima pulangan lumayan, apa projek seterusnya dan lain-lain,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

2111961.jpg

Antara ahli sindiket penipuan (tiga dari kanan) yang ditahan di sebuah boiler room di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, ahli sindiket juga mempunyai kemahiran psikologi untuk memujuk para pelabur yang bakal dijadikan mangsa mereka.

Jelas beliau, sindiket mempunyai panduan tertentu contohnya apabila panggilan telefon ke atas seseorang sedang sibuk, mereka tahu bagaimana hendak memastikan orang itu akan menghubungi semula.

“Sindiket tahu bagaimana hendak dekati individu seperti cara berhubungan dengan orang Eropah dan di sini peranan psikologi diguna mempengaruhi mangsa.

“Anggota sindiket ibarat broker, mereka mahir dalam menguruskan perkara membabitkan kewangan dan pelaburan serta tahu hendak meyakinkan mangsa. Mereka (sindiket) ialah pakar dan tahu saham apa yang naik dan turun kerana ada antara mereka pernah berkhidmat dengan firma pelaburan.

“Ahli sindiket yang berjaya mendapatkan mangsa dipercayai akan dibayar AU$500 dan ini tidak termasuk dengan gaji bulanan,” katanya.
Tambahnya, siasatan SPRM juga mendapati terdapat pelabur yang menjadi mangsa hingga ada yang kerugian sehingga mencecah AU$15 juta.

2111976.jpg

Rampasan wang tunai susulan serbuan Op Tropicana pada 21 Februari lalu.

Kata Mohammad Zamri, bagi menyukarkan pergerakan dikesan pihak berkuasa, sindiket memiliki aplikasi auto-delete bagi menghapuskan sebarang bukti panggilan dan akan berubah lokasi dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

“Setiap panggilan yang dibuat kepada pelabur, ahli sindiket juga tidak memperkenalkan nama tapi hanya menggunakan nombor.

“Sindiket ini memang ‘dicipta’ dengan kaedah untuk menghapuskan bukti dan supaya tidak dapat dikesan,” tegasnya.

Beliau menambah, SPRM mendapati boiler room yang ada ini akan difrancaiskan untuk dijadikan pusat panggilan scammer di negara lain seperti di Filipina, Indonesia, Kemboja termasuklah Malaysia.

“Kita tidak boleh nafikan penglibatan orang tempatan dengan sindiket. Kita risau orang tempatan yang terlibat akan ambil kesempatan dengan mewujudkan boiler room baharu dan penipuan lain yang menyasarkan mangsa warga tempatan dengan setiap situasi yang akan ditambah baik,” katanya.

Jelas beliau lagi, peranan jaringan sindiket juga berbeza termasuklah yang membuat panggilan dan menerima transaksi wang.

“Contohnya, pelabur dari negara A, panggilan dari negara B tetapi bayaran seterusnya dari negara lain.

“Struktur ini dipecahkan supaya dari segi bukti atau eviden adalah sukar dikesan. Wang yang disalurkan ke Malaysia pergi ke negara lain dan kembali ke Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah termasuk cash currier selain pengurup wang untuk tujuan pembiayaan operasi di sini (Malaysia),” katanya.

2111974.jpg

Sebahagian suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan ditahan di sebuah boiler room di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Guna 24 lapisan cuci duit

Kata beliau, aset atau wang hasil jenayah ini akan ‘dikaburkan’ dengan banyak kaedah.

“Sekurang-kurangnya didapati terdapat 24 layering (lapisan) antaranya pembelian hartanah, harta benda, derma selain pembabitan dengan jenayah lain.

“Kita juga percaya sindiket penipuan ini membabitkan penglibatan warga tempatan yang berperanan membantu pembukaan syarikat, permit imigresen serta sewa premis.

“Siasatan awal mendapati dipercayai lebih 20 pihak berkuasa dan golongan profesional yang disyaki telah dirasuah oleh sindiket,” dakwanya.

Beliau berkata, sindiket menipu warga luar untuk melabur dan siasatan awal mendapati terdapat isu rasuah bukan sahaja melibatkan pihak penguat kuasa tertentu tapi juga pihak lain iaitu golongan profesional yang membantu sindiket terbabit.

INFO

Serbuan pada 21 & 28 Februari
- 25 premis sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
- 81 tangkapan
- 74 akaun berjumlah RM11 juta dibeku

Agensi terlibat:
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
- CyberSecurity MalaysiaSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
- Telekom Malaysia (TM)
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

*Sindiket aktif sejak 2019

*Kerugian mangsa AU$60 juta (kira-kira RM200 juta)

Kumpulan didakwa sindiket penipuan pelaburan direman​

22 Februari 2023 02:59pm

2102581.jpg

Kumpulan yang dipercayai sindiket penipuan pelaburan didalangi warga UK tiba di Istana Kehakiman pada petang Rabu. - Foto Rizal Rozy

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai 10 individu yang dipercayai sindiket penipuan pelaburan didalangi warga United Kingdom (UK) direman enam hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Putrajaya, Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

Tempoh tahanan reman itu berakhir pada 27 Februari depan.

Kumpulan itu yang terdiri daripada lima warga Britain, Filipina (dua) dan Malaysia (tiga) tiba pada jam 2.23 petang di Mahkamah Majistret Putrajaya dengan iringan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan bergari.

Kesemua mereka yang berumur lingkungan 39 hingga 59 tahun itu ditahan dalam serbuan Op Tropicana yang dijalankan SPRM dengan kerjasama imigresen, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Operasi itu dijalankan serentak di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang pada Selasa.

Mereka yang disyaki sebagai scammer itu dipercayai memperoleh kira-kira AUD60 juta (kira-kira RM200 juta) hasil menipu mangsa terlibat sejak 2019 sehingga sekarang.

Kumpulan itu turut dikatakan menyogok pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan ahli dan memudahkan urusan sindiket menjalankan operasi di 'boiler room' (pusat panggilan) mereka di negara ini.

Reman ahli sindiket scammer pelaburan dilanjutkan​

27 Februari 2023 01:26pm

2108538.jpg

Laporan Sinar Harian Rabu lalu.

SHAH ALAM - Reman terhadap 10 individu disyaki ahli sindiket penipuan pelaburan antarabangsa dilanjutkan empat hari untuk siasatan lanjut.

Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, lanjutan reman kesemua suspek berusia 39 hingga 59 tahun itu bermula Isnin (hari ini).

"Kesemua suspek adalah tujuh lelaki dan tiga wanita terdiri daripada lima warga United Kingdom (UK), dua Filipina dan tiga warga tempatan

"SPRM sedang giat melengkapkan siasatan bagi tujuan pertuduhan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas berhubung dakwaan terdapat pihak tertentu yang menerima rasuah bagi melindungi operasi sindiket scammer terbabit, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

"Siasatan masih dijalankan dan kita tidak tolak kemungkinan ada pihak berkuasa serta golongan profesional yang melindungi dan menerima rasuah daripada sindiket.

"Sindiket ini bergerak licik kerana mereka kerap berpindah ke satu tempat ke tempat lain," ujarnya.

Tambahnya, sindiket antarabangsa ini juga akan memadam serta menghapuskan data atau bukti bagi menyukarkan kegiatan haram mereka dikesan.

Rabu lalu, perintah reman enam hari sehingga 27 Februari dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan SPRM.

Sinar Harian sebelum itu secara eksklusif melaporkan Op Tropicana pada 21 Februari yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri berjaya melaksanakan 24 serbuan termasuk tiga pusat panggilan atau 'boiler room', syarikat serta kediaman ahli sindiket.

Sindiket dipercayai telah menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan UK dengan memperdaya untuk membuat pelaburan tidak wujud.

Penjenayah scammer ini dipercayai telah memperoleh kira-kira AUD60 juta (kira-kira RM200 juta) hasil menipu mangsa-mangsa terlibat sejak 2019 sehingga sekarang.

Ada org kt duk barat best rakyat dia baik2 hehehe .. dlm cg ja xjauh mn pun yg bercakap tu
 
'Boiler room' markas scammer buat panggilan​

02 Mac 2023 08:00am

2111959.jpg

Azam Baki (tengah) menunjukkan antara barang yang dirampas menerusi Op Tropicana di Lembah Klang pada 21 Februari lalu.

SHAH ALAM - Sindiket penipuan pelaburan yang didalangi warga United Kingdom (UK) dikesan telah membeli data-data pengguna di sesebuah negara untuk dijadikan sasaran sebagai mangsa.

Kegiatan scammer yang menjadikan boiler room atau markas pusat panggilan akan memainkan peranan bagi membuat panggilan serta menghantar e-mel kepada pelabur yang berminat menyertai pelaburan yang ditawarkan sindiket.

Bagi menjerat mangsa, laman-laman web palsu akan dicipta dengan memaparkan iklan-iklan pelaburan yang dilihat seperti tulen.

2111977.jpg

Sebahagian skrip yang ditemui di dalam boiler room sindiket penipuan dipercayai sebagai panduan untuk memperdayakan mangsa.

Para pelabur yang berminat kemudian akan memasukkan e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi.

Bagi menyukarkan kegiatan dikesan pihak berkuasa, sindiket ini menyasarkan mangsa dalam kalangan warga luar negara antaranya UK dan Australia.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, laman web palsu yang dicipta sindiket berkenaan adalah ‘mirror’ atau cerminan kepada laman web sebenar.

2111975.jpg

Mohamad Zamri

Menurutnya, sindiket tersebut bergerak licik dengan menstrukturkan pecahan operasi agar semua bukti sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

“Boiler room akan memainkan peranan bukan sahaja membuat panggilan dan menghantar e-mel tetapi mencipta laman web palsu menyerupai website sebenar dengan memaparkan iklan-iklan pelaburan tertentu bagi menarik pelabur dari negara terbabit.

“Modus operandi sindiket adalah membeli data pengguna di negara terbabit contohnya senarai data pengguna di Australia untuk dihubungi.

“Siasatan awal mendapati, sindiket akan membuat panggilan sekitar 100 hingga 200 panggilan setiap hari untuk meyakinkan pelabur kononnya menerima pulangan lumayan, apa projek seterusnya dan lain-lain,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

2111961.jpg

Antara ahli sindiket penipuan (tiga dari kanan) yang ditahan di sebuah boiler room di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, ahli sindiket juga mempunyai kemahiran psikologi untuk memujuk para pelabur yang bakal dijadikan mangsa mereka.

Jelas beliau, sindiket mempunyai panduan tertentu contohnya apabila panggilan telefon ke atas seseorang sedang sibuk, mereka tahu bagaimana hendak memastikan orang itu akan menghubungi semula.

“Sindiket tahu bagaimana hendak dekati individu seperti cara berhubungan dengan orang Eropah dan di sini peranan psikologi diguna mempengaruhi mangsa.

“Anggota sindiket ibarat broker, mereka mahir dalam menguruskan perkara membabitkan kewangan dan pelaburan serta tahu hendak meyakinkan mangsa. Mereka (sindiket) ialah pakar dan tahu saham apa yang naik dan turun kerana ada antara mereka pernah berkhidmat dengan firma pelaburan.

“Ahli sindiket yang berjaya mendapatkan mangsa dipercayai akan dibayar AU$500 dan ini tidak termasuk dengan gaji bulanan,” katanya.
Tambahnya, siasatan SPRM juga mendapati terdapat pelabur yang menjadi mangsa hingga ada yang kerugian sehingga mencecah AU$15 juta.

2111976.jpg

Rampasan wang tunai susulan serbuan Op Tropicana pada 21 Februari lalu.

Kata Mohammad Zamri, bagi menyukarkan pergerakan dikesan pihak berkuasa, sindiket memiliki aplikasi auto-delete bagi menghapuskan sebarang bukti panggilan dan akan berubah lokasi dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

“Setiap panggilan yang dibuat kepada pelabur, ahli sindiket juga tidak memperkenalkan nama tapi hanya menggunakan nombor.

“Sindiket ini memang ‘dicipta’ dengan kaedah untuk menghapuskan bukti dan supaya tidak dapat dikesan,” tegasnya.

Beliau menambah, SPRM mendapati boiler room yang ada ini akan difrancaiskan untuk dijadikan pusat panggilan scammer di negara lain seperti di Filipina, Indonesia, Kemboja termasuklah Malaysia.

“Kita tidak boleh nafikan penglibatan orang tempatan dengan sindiket. Kita risau orang tempatan yang terlibat akan ambil kesempatan dengan mewujudkan boiler room baharu dan penipuan lain yang menyasarkan mangsa warga tempatan dengan setiap situasi yang akan ditambah baik,” katanya.

Jelas beliau lagi, peranan jaringan sindiket juga berbeza termasuklah yang membuat panggilan dan menerima transaksi wang.

“Contohnya, pelabur dari negara A, panggilan dari negara B tetapi bayaran seterusnya dari negara lain.

“Struktur ini dipecahkan supaya dari segi bukti atau eviden adalah sukar dikesan. Wang yang disalurkan ke Malaysia pergi ke negara lain dan kembali ke Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah termasuk cash currier selain pengurup wang untuk tujuan pembiayaan operasi di sini (Malaysia),” katanya.

2111974.jpg

Sebahagian suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan ditahan di sebuah boiler room di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Guna 24 lapisan cuci duit

Kata beliau, aset atau wang hasil jenayah ini akan ‘dikaburkan’ dengan banyak kaedah.

“Sekurang-kurangnya didapati terdapat 24 layering (lapisan) antaranya pembelian hartanah, harta benda, derma selain pembabitan dengan jenayah lain.

“Kita juga percaya sindiket penipuan ini membabitkan penglibatan warga tempatan yang berperanan membantu pembukaan syarikat, permit imigresen serta sewa premis.

“Siasatan awal mendapati dipercayai lebih 20 pihak berkuasa dan golongan profesional yang disyaki telah dirasuah oleh sindiket,” dakwanya.

Beliau berkata, sindiket menipu warga luar untuk melabur dan siasatan awal mendapati terdapat isu rasuah bukan sahaja melibatkan pihak penguat kuasa tertentu tapi juga pihak lain iaitu golongan profesional yang membantu sindiket terbabit.

INFO

Serbuan pada 21 & 28 Februari
- 25 premis sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
- 81 tangkapan
- 74 akaun berjumlah RM11 juta dibeku

Agensi terlibat:
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
- CyberSecurity MalaysiaSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
- Telekom Malaysia (TM)
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

*Sindiket aktif sejak 2019

*Kerugian mangsa AU$60 juta (kira-kira RM200 juta)

Dalang sindiket pelaburan antarabangsa direman​

07 Mac 2023 04:12pm

2118351.jpg

SPRM membawa suspek ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga United Kingdom (UK) disyaki dalang sindiket pelaburan antarabangsa direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, individu berkenaan disyaki dalang utama dalam sindiket penipuan antarabangsa yang ditangkap pada 21 Februari lalu.

"Semasa serbuan dibuat individu itu berada di premis boiler room atau markas pusat panggilan, dia juga merupakan pengurus besar kepada dua buah boiler room yang diserbu," katanya.

Menurutnya, semasa serbuan Jabatan Imigresen Malaysia telah membuat tangkapan ke atas individu tersebut.

"Hasil siasatan dan keterangan daripada saksi, individu tersebut kemudian ditahan oleh SPRM, semalam (Isnin) untuk siasatan lanjut," katanya.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap suspek.

Terdahulu, SPRM menumpaskan sindiket pelaburan antarabangsa didalangi warga UK dalam serbuan di 24 premis berasingan menerusi Op Tropicana yang dilaksana bermula 21 Februari lalu.

Operasi dijalankan serentak termasuk di tiga pusat panggilan, syarikat dan kediaman ahli sindiket di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang tanpa kehadiran pihak polis.

Difahamkan, sindiket dipercayai beroperasi sejak 2019 dan mengaut hampir RM200 juta daripada mangsa warga Australia dan UK, malah dipercayai memberi suapan kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh terus beroperasi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata modus operandi sindiket adalah menawarkan portfolio pelaburan tidak wujud menerusi iklan di media sosial dan ahli sindiket terdiri daripada warga Australia, Britain, Afrika Selatan dan Filipina.

Katanya, sindiket ini sebahagian daripada sindiket antarabangsa yang dipercayai menipu mangsa di seluruh dunia sehingga RM1 bilion.

Seramai 11 suspek disyaki terbabit dalam kegiatan itu ditahan, manakala 70 individu lagi ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi itu.

Sebanyak 74 akaun milik individu dan syarikat dibekukan, dianggarkan berjumlah RM11 juta.

Kumpulan itu turut dikatakan menyogok (bersedekah) pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan ahli dan memudahkan urusan sindiket menjalankan operasi di 'boiler room' (pusat panggilan) mereka di negara ini. 😀
 
Ini memang betul2 terancang sebab dorang scam rakyat negara lain, bukak call center negara lain. Jadi payah polis nak trace nak cross reference tu sebab jenayah rentas negara, lain negara lain undang2. Biasa dorang bukak center kat negara korup, india ngan pilipin la banyak call center scam rentas ni. Malaysia dorang expect korup jugakla ni sebab dorang bukak sini. Haruu
 
Back
Top
Log in Register