BTC USD 85,423.9 Gold USD 4,323.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga UK Dalang Scammer Pelaburan

SPRM rekod keterangan enam mangsa sindiket tipu pelaburan​

08 Mac 2023 03:02pm

2119589.jpg


Gambar kecil: Mohamad Zamri


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya telah merekod keterangan enam mangsa sindiket penipuan pelaburan bagi membantu siasatan.

Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, kesemua warga Australia itu hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Selasa dan Rabu.

"Keenam-enam mangsa terbabit telah direkod percakapan dan mereka memberikan kerjasama yang baik.

"Pada esok (Khamis) juga akan hadir beberapa lagi mangsa ke SPRM (Putrajaya) juga membabitkan warga Australia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, SPRM juga dalam tindakan untuk melengkapkan siasatan.

Minggu lalu, SPRM telah mengenal pasti 10 mangsa penipuan sindiket pelaburan di Australia untuk dipanggil bagi direkod keterangan.

Mangsa-mangsa ini terdiri daripada akauntan, broker saham serta peguam.

Pada Selasa, sorang lelaki warga United Kingdom (UK) disyaki dalang sindiket pelaburan antarabangsa direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

21 Februari lalu, SPRM membongkar satu sindiket penipuan pelaburan yang didalangi oleh warga UK menerusi serbuan di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Op Tropicana itu berjaya melaksanakan 24 serbuan termasuk tiga pusat panggilan atau 'boiler room', syarikat serta kediaman ahli sindiket.

Ahli-ahli sindiket ini terdiri daripada warga Australia, UK, Afrika Selatan dan Filipina.

Modus operandi sindiket adalah menawarkan portfolio pelaburan tidak wujud menerusi iklan di media sosial dengan mensasarkan mangsa di kalangan warga UK dan Australia.

Penjenayah scammer ini dipercayai telah memperoleh kira-kira AUD60 juta (kira-kira RM200 juta) hasil menipu mangsa-mangsa terlibat sejak 2019 sehingga sekarang.

Susulan itu, pada Jumaat, beberapa premis bank, pengurup wang dan pendaftar syarikat di sekitar ibu kota disyaki bersekongkol dan menjadi orang tengah kepada sindiket penipuan diserbu SPRM.


 

Sindiket penipuan antarabangsa: Dua warga UK dipenjara, denda​

16 Mac 2023 12:57pm

2128695.jpg


Dua warga UK, Andrew Mark Peters (berkerusi roda) dan Darren Anthony Mcnicholas diiringi oleh snggota SPRM) untuk didakwa berhubung Op Tropicana di Mahkamah Shah Alam. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR


SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Dua warga United Kingdom (UK) termasuk salah seorangnya merupakan orang kurang upaya (OKU) yang terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian antarabangsa dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan dan denda keseluruhan RM320,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman tersebut kepada Andrew Mark Peters, 55, yang kudung kaki kanan dan berkerusi roda serta Darren Anthony Mcnicholas, 51, selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan terbabit.

Andrew dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM80,000 bagi pertuduhan pertama serta penjara enam bulan dan denda RM100,000 bagi kesalahan kedua.

Darren pula dikenakan penjara enam bulan dan denda RM60,000 untuk pertuduhan pertama serta penjara enam bulan dan denda RM80,000 bagi kesalahan kedua.

Bagaimanapun, semua hukuman penjara itu berjalan secara serentak iaitu selama enam bulan bermula daripada tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap pada 21 Februari lalu.

Andrew dan Darren juga berdepan hukuman penjara tambahan masing-masing selama 22 dan 16 bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Andrew didakwa menjadi dalang sindiket penipuan antarabangsa dengan bersubahat dan mengarahkan rakannya, Darren menipu seorang warganegara Scotland dengan memperdaya mangsa menyerahkan sejumlah wang berjumlah AS$5,672.41 (RM26,000) ke dalam satu akaun OCBC Bank (M) Bhd kononnya untuk pelaburan jangka masa singkat dengan pembelian saham di sebuah syarikat dikenali sebagai Novocure Limited yang tidak wujud.

Lelaki itu turut didakwa mengarahkan Darren menipu mangsa sama untuk menyerahkan sejumlah Euro 121,200 (RM580,000) ke dalam satu akaun CIMB Bank (M) Bhd kononnya untuk pelaburan jangka masa singkat dengan pembelian saham di sebuah syarikat dikenali sebagai Premier Transfer Ltd yang tidak wujud.

Kesalahan itu didakwa dilakukan masing-masing pada pada 21 Mei dan 27 Jun 2019 di pejabat operasi sindiket itu di Menara Mitraland, Petaling Jaya.

Darren pula didapati bersalah memperdaya dan melakukan penipuan terhadap mangsa dalam kes, tempat dan tarikh yang sama.

Oleh itu, Andrew bersalah mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 417 kanun sama sementara Darren bersalah di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib dan Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Fahmi Abd Moin.

Pada prosiding itu, Ahmad Akram memohon hukuman setimpal dikenakan memandangkan kes penipuan dalam talian bukan sahaja kerap berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Malah, Ahmad Akram berkata, sindiket penipuan antarabangsa yang melibatkan kedua-dua tertuduh mula aktif di Lembah Klang sejak 2015 lagi.

Ia juga sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh untuk tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akang datang.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM membongkar sindiket penipuan pelaburan didalangi warga UK yang berjaya mengaut keuntungan kira-kira RM200 juta dengan memperdaya mangsa daripada golongan profesional.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sebanyak 24 premis termasuk kediaman mewah 'mastermind' dan tiga pusat panggilan atau 'boiler room' scammer itu diserbu dalam operasi serentak dinamakan Op Tropicana pada 21 Februari lalu.

Operasi besar-besaran terhadap sindiket yang menawarkan pelaburan yang tidak wujud itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Bhd dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.


 
Tertuduh 1

1. Andrew Mark Peters
2. 55 tahun
3. Warga UK
4. Kudung kaki kanan
5. Dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM80,000 bagi pertuduhan pertama serta penjara enam bulan dan denda RM100,000 bagi kesalahan kedua

Tertuduh 2

1. Darren Anthony Mcnicholas
2. 51 tahun
3. Warga UK
4. Dikenakan penjara enam bulan dan denda RM60,000 untuk pertuduhan pertama serta penjara enam bulan dan denda RM80,000 bagi kesalahan kedua
 
Ini memang betul2 terancang sebab dorang scam rakyat negara lain, bukak call center negara lain. Jadi payah polis nak trace nak cross reference tu sebab jenayah rentas negara, lain negara lain undang2. Biasa dorang bukak center kat negara korup, india ngan pilipin la banyak call center scam rentas ni. Malaysia dorang expect korup jugakla ni sebab dorang bukak sini. Haruu
sama sama kita hentikan scammer dari bumi malaisha nie
 
Back
Top
Log in Register