BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga SPRM Diseru Beri Kerjasama Penuh Kepada Kepimpinan Baharu - Azam Baki

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Warga SPRM Diseru Beri Kerjasama Penuh Kepada Kepimpinan Baharu - Azam Baki​

88db7726fc51042f62579021d1e0d32f6a0306727bab8

84f6ad31fc648deeb09e435298fb98ea6a030434698f7

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki (tengah) mengucapkan selamat tinggal kepada warga SPRM pada Majlis Penghargaan Khas di Ibu Pejabat SPRM hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki yang bersara hari ini menyeru warga SPRM agar memberikan kerjasama penuh kepada kepimpinan baharu serta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan suruhanjaya itu.

Azam berkata semangat kebersamaan atau esprit de corps dalam SPRM penting bagi memastikan suruhanjaya itu kekal relevan dan berjaya dalam agenda pembanterasan rasuah.

“Kalau sekiranya pegawai-pegawai (SPRM) tidak memberi kerjasama, (ini) bermakna mereka mensabotaj organisasi itu sendiri. Ini penting (untuk memberi kerjasama). Dalam mana-mana organisasi, kita semua mesti taat kepada pemimpin walaupun pemimpin itu bukan kehendak kita dan sebagainya.

“Bila datang kepimpinan baharu, ini yang saya tekankan kerana pengalaman saya dahulu… datanglah siapa pun jadi ketua, kita akan taat kerana kita kekal di sini sebagai pegawai yang akan berkhidmat untuk rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penghargaan Khas Ketua Pesuruhjaya SPRM, di sini, hari ini.

Azam juga berharap agar warga SPRM dapat meneruskan usaha dan tindakan berkesan dalam membanteras rasuah sehingga peringkat akar umbi.

“Yang paling penting adalah organisasi ini kekal relevan sepertimana yang dibina dahulu oleh kepimpinan yang terdahulu dan saya hanya meneruskan legasi yang ditinggalkan demi negara dan juga rakyat,” katanya.

Mengenai perancangan selepas bersara, Azam berkata beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat dan negara dalam menegakkan tata kelola yang  baik serta menyokong usaha pembanterasan rasuah oleh SPRM.

“Saya tetap akan bekerja dan berkhidmat kepada rakyat selagi mana tenaga saya diperlukan. Saya juga akan cuba membantu apa yang boleh berdasarkan pengalaman saya dalam menegakkan tata kelola yang baik, integriti dan sebagainya,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register