BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UTeM Sedia Beri Kerjasama Kepada KPT Berkaitan Perundangan Baharu

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

UTeM Sedia Beri Kerjasama Kepada KPT Berkaitan Perundangan Baharu​

af8a45913fa3b24dc274f8d68b17961062c2e0cde635c

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sedia memberikan kerjasama bersepadu kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan semua pihak berkepentingan berkaitan proses libat urus serta pembangunan kerangka perundangan baharu yang lebih komprehensif bagi pendidikan tinggi negara.

UTeM dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu memerlukan penelitian terperinci secara menyeluruh dengan mengambil kira keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi serta peranan universiti dalam pembangunan mahasiswa, masyarakat dan negara.

“Impak pembaharuan ini diharapkan mampu menyokong objektif yang lebih utama dalam melahirkan mahasiswa dan komuniti berilmu, hebat dalam pemikiran, bertanggungjawab dalam segenap perlakuan serta mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan universiti dan negara,” menurut kenyataan itu.

UTeM berkata perkara itu penting dalam memastikan institusi pendidikan tinggi terus menjadi rujukan bidang keilmuan dan peradaban selain memainkan peranan melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat pada peringkat antarabangsa.

Menerusi kenyataan itu, UTeM memaklumkan mengambil maklum pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung cadangan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai perancangan KPT membangunkan kerangka perundangan baharu itu.

UTeM juga menyatakan pendirian senada dan seiring dengan hala tuju KPT seperti yang digariskan menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 melalui agenda pembentukan One Higher Education Act.

UTeM menyifatkan usaha itu sebagai langkah penting dalam memastikan kerangka perundangan pendidikan tinggi negara terus relevan dengan perubahan landskap pendidikan tinggi selain memperkukuh autonomi institusi, kebebasan akademik, suara mahasiswa, tadbir urus dan akauntabiliti universiti.

 
Back
Top
Log in Register